Google Glass Digunakan Untuk Membantu Kanak-Kanak Autism ‘Membaca Minda’

429

kredit: businessinsider.my

Google Glass akan mengubah kehidupan anda malangnya pada awal kemunculan di pasaran, ia tidak mendapat perhatian atas sebab-sebab tertentu. Namun, ia mempunyai impak kepada sesetengah individu mengikut laporan daripada Digital Machine, Google Glass mempunyai peranti yang dapat membantu kanak-kana autistik dalam situasi sosial.

Autism adalah satu gangguan perkembangan yang menghalang keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Para pengkaji telah mewujudkan satu rutin terapi menggunakan Google Glass iaitu peranti pengiktirafan ekspresi muka untuk mengetahui emosi diri pemakai peranti melalui notifikasi. Dengan menggunakan aplikasi ini, kanak-kanak autism dapat mengetahui apa yang dibualkan oleh rakan mereka dan mengetahui perasan mereka. Dengan ini juga akan mewujudkan perbualan dalam kalangan mereka.

Aplikasi ini juga direka untuk mengenali 8 jenis ekspresi iaitu gembira, sedih, marah, jengkel, terkejut, takut, selesa dan tenang. Apabila ia mengenalpasti sejenis ekpresi, ia akan menghantar informasi kepada pemakai Google Glass dan akan menamakan emosi melalui headset pemakai atau menunjukkan emosi melalui skrin kecil di sebelah kanan bingkai kaca mata.

Kebiasannya kanak-kanak autism perlu berjumpa dengan terapi untuk meningkat kemahiran komunikasi mereka tetapi dengan bantuan Google Glass ia dapat membantu mereka dengan lebih mudah dan cara ini lebih murah dan tidak perlukan masa yang banyak. Sebagai contoh, 14 kanak-kanak yang menghadapi gangguan spektrum autisme menggunakan program ini dirumah dengan purata selama 10 minggu.

Program ini juga mempunyai positif impak apabila kanak-kanak ini menunjukkan perubahan dalam kemahiran komunikasi, peningkatan dalam isyarat mata dan kemahiran mengenalpasti ekspresi muka. Misalnya Alex kanak-kanak autism menjalani program ini telah menunjukkan banyak peningkatan dalam kemahiran bersosial. Hai ini kerana Alex selalu mengisyaratkan mata apabila bercakap dengan ibunya berbanding dahulu. Oleh itu, dapat dikatakan Google Glass bukan satu kegagalan kerana ia dapat membantu kanak-kanak autism meningkat daya kemahiran sosial mereka.

Read More  10 Syarikat Yang Membayar Gaji Jurutera AI Paling Tinggi!

Sumber: businessinsider.my

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...