“Feeds” Rakan Facebook Kini Tiada Lagi

360

Facebook kini akan menghapuskan ciri feed senarai rakan yang diperkenalkannya beberapa tahun yang lalu. Ciri ini membenarkan pengguna untuk skrol kiriman-kiriman daripada senarai rakan Facebook yang dibina sendiri seperti jiran, ahli keluarga, rakan sekerja dan pelbagai lagi.

Untuk menggunakan feed senarai rakan, anda perlu membina senarai rakan di Facebook. Anda tidak perlu khuatir kerana senarai rakan ini tidak akan dibuang dan masih dikekalkan. Anda juga boleh terus membina, mengubah serta berkongsikan senarai rakan anda tersebut. Apa yang sering diadukan ialah penerimaan notifikasi dan News Feed yang berasingan daripada News Feed biasa di aplikasi Facebook.

Untuk mengakses ciri ini, terdapat seksyen dipanggil “Feeds” di aplikasi Facebook yang akan menyenaraikan kesemua feeds yang ada berdasarkan senarai rakan anda.

Menurut mesej Facebook, feed senarai rakan akan ditutup sepenuhnya  pada 9 Ogos, 2018. Menurut syarikat pemilik platform media sosial itu, ciri ini dihapuskan untuk mengoptimakan dan menambah baik pengalaman pengguna menggunakan News Feed. Walaupun tidak lagi boleh melihat news feed yang dipilih daripada senarai rakan-rakan, pengguna masih lagi boleh membina dan mengubah senarai rakan serta berkongsikannya dengan orang ramai. Mereka juga boleh memilih kiriman yang ingin dilihat dahulu dan menyembunyikan kiriman yang tidak mahu dilihat.

Kredit: TechCrunch

Read More  Cara Mudah Hendak Melaraskan Tetapan Tetikus di Windows!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...