Cara Mendapatkan Maklumat Kecemasan Segera Pada Telefon Dan PC Anda

171

Ingin mengetahui berita dan data dengan segera kerana jika kita ingin melayari satu laman web secara manual amat membazirkan masa dan tenaga. Dengan perkembangan teknologi yang boleh menghantar notifikasi secara terus memudahkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat dan info secara cepat dan pantas melalui telefon bimbit dan komputer riba anda. Oleh itu, hari kami akan berkongsi proses untuk mendapatkan maklumat segera pada telefon dan PC anda:

Langkah Pertama: Kumpulkan RSS Feeds Anda

Jika anda tidak pasti jenis kecemasan atau berita yang anda ingin dapatkan notifikasi, kami akan berkongsi senarai RSS feeds yang anda boleh mulakan. Sebagai contoh, sistem amaran bencana global RSOE EDIS. Ini merupakan laman web popular yang mempunyai ciri peta yang besar dengan notifikasi kecemasan secara menyeluruh.

kredit: makeuseof.com

Ini merupakan sistem yang dikembangkan oleh Persatuan Kebangsaan Isyarat Keberangkalian Radio dan Info Komunikasi atau dinamakan Perkhidmatan Maklumat Darurat Dan Bencana (EDIS). Servis ini juga akan memantau setiap informasi daripada kerajaan domestik dan asing mengikut sumber yang boleh dikenal pasti apabila berlaku bencana di seluruh dunia. Ia juga diguna pakai oleh para wartawan untuk mendapatkan sumber berita secara cepat dan padat.

Langkah Kedua: Sediakan Pushbullet

Terdapat pelbagai pembaca telefon RSS yang akan memberikan notifikasi secara terus dan langsung dan termasuk dengan pembaca RSS daripada sumber komputer. Tapi anda juga boleh menggunakan aplikasi Pushbullet sebagai solusi yang memudahkan anda.

kredit: makeuseof.com

Aplikasi ini juga membenarkan anda menerima notifikasi daripada pelbagai sumber. Hanya dengan mendaftar dengan Pushbullet  akan dapat menggunakan aplikasi ini di setiap peranti anda.

Langkah Ketiga: Pautan IFTTT Dan Pushbullet

Jikan anda belum mendaftar IFTTT lagi segerakan langkah anda. Kemudian, anda boleh menyambungkan akaun Pushbullet dan akaun IFTTT anda. Berikut merupakan langkah mudah untuk memasang pautan IFTTT ke akaun Pushbullet anda.

  • Tekan klik kotak pencarian di menu aplikasi.
  • Cari aplikasi Pushbullet dan klik perkhidmatan di sebelah kanan.
  • Tekan sambung untuk memautkan antara dua akaun tersebut.
  • Anda harus membenarkan IFTTT untuk mengakses akaun Pushbullet anda.
  • Apabila anda tekan butang membenarkan anda akan terus direkakan satu Applet.

kredit: makeuseof.com

Read More  5 Cara Mudah Mengurangkan Memori Dan Minimalisasikan iPhone Anda

Langkah Keempat: Buat Aplikasi Peringatan Applet Di IFTT

Applet merupakan tulang belakang IFTTT. Aplikasi ini akan memberikan arahan kepada dua servis ini. Anda juga boleh menyambungkan antara RSS feed dan notifikasi Pushbullets.

  • Untuk bermula, klik My Applets di sebelah atas IFTTT kemudian tekan butang New Applet.
  • Untuk mendapatkan pilihan RSS feed, cari “RSS” dan klik  kotak RSS Feed dan cari New Feed item.
  • Di pautan Feed Url, letakkan RSS URL daripada pautan yang telah disimpan. Anda boleh imej di bawah untuk maklumat lanjut.

kredit: makeuseof.com

  • Selepas anda telah mereka RSS feed trigger, klik tekan (That), Cari Pushbullet dan pilih keputusan.
  • Pilih langkah Push a note. Selepas itu, anda akan dapat mengubah sendiri notifikasi Tajuk dan Mesej untu sumber RSS Feed.

IFTTT Pushbullet Action Ingredients

kredit: makeuseof.com

Seperti anda dapat dilihat terdapat pelbagai informasi berguna dan anda boleh mengubah notifikasi tersebut. Sebagai contoh anda dapat meletak informasi seperti Feed Title dan Entry Title kemudian bina mesej mengikut Entry Content dan Entry Url. Di bawah merupakan maklumat akhir Pushbullet IFTTT akan di lihat:

kredit: makeuseof.com

Kini anda akan dapat melihat maklumat kecemasan secara global melalui sistem RSOE EDIS, anda juga akan dapat notifikasi secara terus. Berikut merupakan imej notifikasi di dalam Pushbullet  dalam telefon bimbit dan komputer:

 

kredit: makeuseof.com

kredit: makeuseof.com

Pautan RSS Yang Anda Boleh Lihat

Jadi anda boleh lihat secara terus notifikasi atau perkembangan berita atau data secara terus. Antara contoh pautan RSS:

  • FEMA Eemergency Data Feeds
  • RSOE Global Emergencies
  • Centre For Disease Controls (CDC)
  • National Weather Service
  • Department of Homeland and Security
  • Department of State
Read More  Bagaimana untuk auto-save kerja anda di Windows

Oleh itu dengan proses dan langkah di atas akan memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat secara lanjut dan mudah. Aplikasi ini juga akan membuatkan lebih bersedia dengan bencana dan musibah yang berlaku secara menyeluruh.

Sumber: makeuseof.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...