Amazon Rapids, Aplikasi Sembang Yang Boleh Mencuri Tumpuan Kanak-kanak

0 50

Amazon Rapid, aplikasi sembang yang menggalakkan kanak-kanak untuk membaca dengan cara mempersembahkan cerita dalam bentuk perbualan pesanan teks kini boleh dimuat turun secara percuma.

Amazon Rapid bertujuan untuk mengoptimakan minat kanak-kanak terhadap aplikasi sembang fiksyen seperti Hooked, Yam, Tap dan sebagainya yang disediakan untuk kumpulan remaja yang agak berusia. Amazon Rapid pula disediakan bersesuaian dengan umur awal remaja dan menapis perkara-perkara tidak sesuai seperti carutan, alkohol, seks dan pelbagai lagi.

Walau bagaimanapun, Amazon Rapid ditujukan kepada kanak-kanak berusia 5 sehingga 12 tahun. Ia tidak menyebabkan ketagihan, kelakar, dan menyeronokkan.

Beberapa cerita dalam aplikasi turut berperanan untuk mempromosikan rancangan kanak-kanak seperti Danger & Eggs dan Niko and the Sword of Light.

Tambahan pula, aplikasi ini juga memasukkan ciri-ciri glosari dan mod membaca untuk membantu pembaca muda.

Amazon turut menambah lebih banyak cerita-cerita dalam Rapid akan dilancarkan secara percuma. Amazon percaya bahawa menjual langganan tidak lagi relevan dan langgan bulanan tidak lagi dikenakan caj serta pelanggan tahunan akan dikembalikan wangnya dan bakal menerima kredit promosi sebanyak 5 dollar.

Kredit: Tech Crunch

Read More  Aplikasi Terbaik Penjimatan Bateri untuk Android

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...