Kini Status Bateri Telefon Anda Juga Akan Di kongsi dengan Perkongsian Lokasi Google Maps

0 75

kredit: techcrunch.com

Pada awal tahun 2017, Google telah menambah ciri terbaru iaitu aplikasi Google Maps yang membenarkan anda berkongsi masa sebenar dengan teman dan keluarga anda. Ia juga kini tampil dengan ciri terbaru iaitu dengan menunjukkan status bateri anda. Pernah terfikir kenapa seseorang perlu tahu tentang status bateri anda?

Hal ini adalah kerana dengan mengetahui lokasi dan status telefon bimbit tidak cukup untuk anda menunggu dari seorang individu. Situasi ini juga pasti akan membimbangkan anda kerana tiada maklum balas daripada rakan atau keluarga anda daripada satu lokasi. Anda mungkin akan tertanya-tanya tentang keadaan mereka sama ada telefon bimbit mereka kehilangan signal atau dicuri.

Dengan menunjukkan status bateri telefon bimbit akan memberikan idea kepada anda untuk menjangkakan sesuatu dan memberikan idea tentang situasi teman atau keluarga anda. Ciri ini juga bukanlah sesuatu yang baru kerana pada tahun 2016, Zenly sebuah aplikasi laman sosial telah mengunakan ciri ini pada aplikasi Snapchat pada tahun lepas.

Jadi lepas ini kita tidak perlu risau lagi tentang rakan atau keluarga kita jika mereka masih belum memberikan respon kepada anda pada tempoh yang agak lama. Ini mungkin kerana kerana mereka kehabisan bateri dan kini anda boleh melihat secara terus melalui skrin telefon bimbit anda.

Sumber: techcrunch.com

 

 

Read More  Tips Kekalkan Privasi dalam Whatsapp

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...