Aplikasi Popular Musical.ly Kini Dikenali Sebagai TikTok

137

Pengguna Musical.ly dikejutkan dengan logo dan nama baru aplikasi tersebut; TikTok. Aplikasi dari Amerika Syarikat tersebut kini dimiliki oleh syarikat ByteDance dari China yang menyerap ciri-ciri Musical.ly kepada aplikasinya, TikTok. Pemilik akaun Musical.ly telah berpindah kepada akaun TikTok yang telah dikemas kini dengan paparan baharu tetapi masih mengekalkan ciri utamanya iaitu video singkat berdurasi 15 saat.

Aplikasi TikTok akan kekal sebagai aplikasi sendirian di China di mana ia beroperasi sebagai Douyin. Anda mungkin pernah menonton klip video Douyin yang tular sebelum ini memaparkan seorang wanita melakukan makeover “Karma’s a b***h”.

Namun begitu, walaupun Musical.ly dan TikTok merupakan platform perkongsian video berdurasi 15 saat, TikTok tidak menampilkan ciri terdahulu Musical.ly iaitu remaja menyegerakan bibir dan menari dengan latar belakang muzik. Ciri membuat video karaoke masih dikekalkan tetapi penjenamaan semula aplikasi tersebut yang memaksa pengguna Musical.ly berpindah kepada platform baharu menyebabkan komuniti asal seakan-akan tersisih. Kini, kita hanya perlu tunggu dan lihat penerimaan remaja di Amerika Syarikat terhadap penjenamaan semula Musical.ly ini.

Kredit: The Verge

Read More  Membuat Bayaran Melalui Google Pay

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...