Facebook Dating: Aplikasi ‘dating’ Unik untuk Mereka Yang Sedang Mencari Jodoh

161

Aplikasi Facebook Dating yang sedang diuar-uarkan sah tidak akan didatangkan dalam sebuah aplikasi yang berlainan seperti Tinder dan Match Group.

Aplikasi ‘dating’ ini didatangkan dengan rekaan yang lebih matang dengan tujuan yang lebih serius iaitu lebih kepada mencari pasangan hidup daripada sekadar pasangan suka-suka.

Apabila anda telah mengaktifkan Facebook Dating, anda hanya akan dapat lihat mereka yang mengaktifkan ciri tersebut dan ia tidak akan dikongsikan di News Feed. Anda boleh pilih rakan yang boleh lihat anda dan profil “dating” membenarkan pilihan seperti tiada gender, transgender, dan orientasi. Anda juga boleh melihat calon-calon berpotensi di Groups dan Events yang anda sertai. Jika dua orang suka sama suka, kedua-duanya boleh menghantar pesanan kepada satu sama lain melalui Messenger atau Whatsapp.

Facebook merancang untuk mengehadkan bilangan orang yang diminati supaya dapat menghalang daripada aktiviti spamming dan menerima kesemua calon yang dilihat. Manakala, tindakan menghalang seseorang daripada dilihat di ciri Dating dijangka tidak akan menyebabkan mereka dihalang di Facebook.

Ciri ini tidak akan mengenakan bayaran kepada langganan premium buat masa sekarang. Dating juga hanya akan membenarkan mereka berusia 18 tahun dan ke atas untuk menggunakan ciri ini di Amerika Syarikat manakala had umur ‘dewasa’ berbeza mengikut undang-undang di negara-negara seluruh dunia.

Buat masa sekarang, Facebook sedang mengambil langkah berhati-hati dengan ciri ini dan tidak menjadikannya ciri yang gah seperti Tinder dan lain-lain. Tujuan utama ia dibina adalah untuk membina hubungan yang bermakna dan kekal lama buat pengguna-pengguna aplikasi Facebook ini.

Kredit: Tech Crunch

Read More  Google Assistant Kini Boleh Melakukan Tugasan Yang Dijadualkan Secara Automatik

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...