Aplikasi Portal Menawarkan Cara Mudah Untuk Membayar Pencipta Untuk Kandungan Mereka

0 86

Portal

kredit: techcrunch.com

Pengasas aplikasi Jonathan Swerdlin telah berjaya menyelesaikan masalah pengiklanan dengan muncul idea baru iaitu idea menawarkan cara mudah untuk membayar pencipta kandungan mereka. Hal ini kerana digital media telah menjadi suatu perkara negatif dalam kalangan industri pemasaran.

 

Oleh itu pengasasnya ingin mencuba tawaran baru dengan menggunakan aplikasi Portal. Dengan membuka aplikasi ini anda boleh mengikut pereka kandungan dan mendapatkan topik yang menarik serta mempersembahkan dalam bentuk video. Semasa menayangkan video itu, anda boleh segera membayar setiap kandungan secara terus mengikut bayaran yang ditentukan oleh individu bermula daripada 10 ke 10,000 ‘coins’`.

Perubahan ini telah memudahkan pereka kandungan untuk mendapatkan bayaran secara terus tanpa lengah. Anda boleh menentukan bayaran mengikut kadar tontonan untuk mendapatkan bayaran yang setimpal dengan kerja anda.

Di samping itu, dengan perubahan sistem ini akan dapat membantu pereka kandungan mempromosikan diri mereka untuk mendapat bayaran yang setimpal dengan kerja yng diberikan. Aplikasi Portal juga membantu anda menulis apa pendapat anda selagi ia tidak melanggar standard komuniti.

Swerdlin juga berjanji tidak akan menghapuskan sistem yang sedia ada tetapi akan cuba menaiktarafkan sistem baru ini untuk mempromosikan aplikasi ini kepada sesuatu yang lebih canggih dan maju. Pengasasnya juga berkata sistem ini bukan suatu yang baru kerana servis seperti Netflix dan Medium telah mengguna pakai sistem ini untuk membebaskan diri daripada dunia pengiklanan yang tidak menguntungkan.

Pada masa yang sama, Swerdlin juga berkata bahawa aplikasi portal juga menyediakan bayaran dengan kaedah ‘no friction’ secara terus melalui aplikasi App Store dan tidak perlu bersusah payah menggunakan kad kredit. Dengan ini anda akan aplikasi Portal akan menjadi lebih senang dan mudah untuk digunakan.

Read More  "Feeds" Rakan Facebook Kini Tiada Lagi

Sebagai penutup, aplikasi Portal sedang menaiktarafkan sistem pembayaran secara mudah untuk melancarkan pembayaran kepada para pereka kandungan. Selepas ini tidak perlu risau lagi pembayaran anda dilengahkan.

Sumber: techcrunch.com

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...