Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Tumblr?

0 122

 

Kredit: Google Images

Tumblr ialah sejenis laman sosial media yang berasaskan visual imej di sesuatu laman. Ia juga menyokong kandungan bertulis dan digunakan untuk mempromosikan dan menunjukkan video atau imej.  Dengan mewujudkan akaun Tumblr ia akan memberikan pelbagai faedah kepada jenama dan perniagaan anda serta perkhidmatannya yang lebih senang dikongsi dan mudah digunakan.

#1 Mencari Dan Berkongsi Kandungan

Tumblr berbeza daripada saluran sosial media yang lain kerana ia lebih menfokuskan perkongsian kandungan daripada pelbagai spesifik topik dengan perkongsian harian dan buah pendapat pengguna yang lain. Dengan perkongsian kandungan dapat mengembangkan idea dan meningkatkan prestasi individu. Sebagai contoh, jika anda membuka akaun Tumblr untuk berkongsi tentang produk anda akan dapat berkongsi secara menyeluruh kepada pelbagai pengguna.

#2 Pelbagai Topik

Tumblr juga mempunyai satu sistem yang dipanggil ‘tagging system’ yang membolehkan anda menyenaraikan blog anda mengikut topik seperti teknologi, seni, pendidikan dan fesyen. Tag ini juga boleh diklik oleh pengguna untuk mencapai kandungan yang anda ingin lihat. Selain itu ia secara langsung dapat menaikkan pengguna untuk melihat kandungan blog anda.

 #3 Perkembangan Yang Mudah Dilihat

Tumblr juga mempunyai satu platform yang memudahkan satu akaun untuk diwujudkan. Selepas memilih tema di Tumblr, anda akan diberi pilihan sama ada untuk menukar warna atau kesan khas untuk ditambah di blog iklan anda. Ia juga melibatkan proses yang mudah dan senang untuk digunakan untuk pengguna baru.

#4 Boleh Digunakan Dalam Pelbagai Platform

Disamping itu, Tumblr juga boleh digunakan dalam pelbagai platform dan memudahkan anda untuk mengubah sebarang idea atau kandungan blog anda di mana sahaja. Tumblr juga menyediakan satu alamat emel unik dengan hanya menghantar emel atau teks mesej untuk anda memuat naik blog anda.

Read More  Facebook Messenger Lite Adalah Alternatif Terbaik Untuk Facebook Messenger

Kesimpulannya Tumblr mempunyai pelbagai faedah untuk anda gunakan sebagai satu inisiatif untuk anda mempromosikan perniagaan anda di laman sosial. Jadi apa tunggu lagi jom wujudkan akaun Tumblr.

Sumber: itstillworks.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...