Kemahiran Baharu Alexa Boleh Menakutkan Pencuri

0 66

Kemahiran Alexa baharu yang dipanggil “Away Mode” menampilkan sesuatu yang baharu untuk anda. Apabila anda tidak berada di rumah, Alexa boleh membantu anda dalam memastikan rumah anda selamat dengan memainkan runut audio yang panjang dan kedengaran betul dan benar-benar terjadi.

Apabila anda lancarkan mod “Away”, Alexa akan memainkan tujuh runut audio yang dirakamkan oleh penulis komedi dari SNL, It’s Always Sunny in Philadelphia, dan UCB. Syarikat ini masih belum menerima kebenaran untuk berkongsikan nama kesemua penulis, tetapi anggaran separuh dozen daripada mereka terlibat, termasuklah Kristin Belka Maier dari “Always Sunny in Philadelphia”.

Runut-runut audio ini termasuklah perbualan daripada kelab buku yang langsung tidak membincangkan perihal buku, seorang ibu yang sedang memarahi anaknya, dan pergaduhan dalam permainan antara lelaki.

Setelah anda telah mengaktifkan kemahiran tersebut pada peranti Alexa anda, anda boleh memainkan pelbagai perbualan dalam pusingan dengan berkata “Next”.

Ilham untuk idea ini diperkenalkan datang daripada sekumpulan penjual insurans Hippo untuk pemilik rumah, yang ingin menggunakannya bagi mendapatkan sedikit keuntungan.

Anda boleh meningkatkan kekuatan bunyi dan meninggalkan apartment anda tanpa perlu susah hati kerana pencuri semestinya akan takut untuk masuk kerana terdengar suara orang di dalam rumah.

Menurut syarikat pengeluarnya, Hippo, kemahiran ini sangat bermanfaat kerana mampu meningkatkan kesedaran tentang keselamatan tempat tinggal dan insurans tempat tinggal melalui komedi dan lawak.

Kredit: Tech Crunch

Read More  Tingkatkan Kemahiran Excel Anda Dengan eLearnExcel Microsoft Excel School

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...