Google Maps kini Tampil Lebih “Cool” dengan Ciri Terbarunya

0 73

Google Maps menambah satu lagi ciri terbarunya yang menyaksikan paparan rata bumi kini bertukar menjadi glob interaktif. Anda hanya perlu pergi ke Google Maps, dan tekan zoom keluar. Di sini anda akan dapati bahawa perspektif bumi akan bertukar daripada rata kepada berbentuk bulat. Berdasarkan ciri sebelum ini, ramai yang merungut bahawa tanah lapang di Greenland nampak sama saiznya dengan Afrika sedangkan saiz asalnya tidak sebesar itu. Ciri terbaru ini menampilkan paparan yang lebih tepat mengenai permukaan bumi daripada satelit.

Screen Shot 2018-08-03 at 10.05.04 AM

Kini, apabila Google Maps digunakan di desktop, pengguna akan dapat melihat saiz sebenar tanah lapang di utara dan selatan bumi. Kini, mereka yang percaya bahawa bumi ini rata dan bukannya berbentuk sfera mesti ternganga dan menggaru kepala kerana terbukti, bumi sememangnya berbentuk sfera. Tanda pagar #flatearth nampaknya tidak lagi relevan.

Kredit: TechCrunch

 

Read More  Laman Web Streaming Sukan Percuma 2018

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...