5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Menyahaktifkan Akaun Facebook

0 130

kredit: Google Images

Walaupun pengguna Facebook telah mencecah billion pengguna, namun terdapat segelintir individu yang merasakan laman sosial media ini masih tidak menjadi satu keperluan untuk mereka. Hal ini kerana terdapat LIMA (5) sebab utama pengguna menyahaktifkan akaun Facebook mereka iaitu:

 

#1 Privasi

kredit: Google Images

Privasi merupakan isu penting yang menyebakan pengguna Facebook menyahaktifkan akaun mereka. Ini kerana mereka merasakan isu keselamatan berkaitan dengan kehidupan mereka terganggu atau sedang melalui saat-saat  getir dalam kehidupan mereka seperti kehilangan atau terpisah dengan orang tersayang. Selain itu terdapat juga sesetengah individu yang tidak gemar berkongsi kisah perihal kehidupan mereka kepada umum dan menyebabkan faktor utama akaun laman sosial ini dinyahaktifkan.

 

#2 Pekerjaan

kredit: Google Images

Pengguna akaun Facebook juga menyahkaktifkan laman sosial ini kerana tuntutan pekerjaan. Sebagai contoh, kepada individu yang sedang mencari pekerjaan berkemungkinan menyahaktifkan akaun Facebook mereka untuk mengelakkan bakal majikan mereka melihat perkara yang mengurangkan peluang mereka memperoleh pekerjaan di syarikat ditawarkan. Di samping itu, pengguna laman sosial ini juga menutup akaun Facebook kerana tuntutan kerjaya seperti perisik atau detektif polis yang mengutamakan kerahsiaan dan tidak mendedahkan identiti.

 

#3  Penggunaan Yang Berlebihan

kredit: Google Images

Untuk sebahagian pengguna, akaun Facebook menyebabkan gaya kehidupan tergendala kerana terlalu asyik untuk memantau dan berkongsi status dengan rakan-rakan. Oleh itu, jalan mudah untuk mengatasi masalah ini mereka terus menyahaktifkan akaun Facebook untuk lebih fokus untuk mengatur kehidupan mereka.

 

#4 Menggunakan Laman Sosial Media Yang Lain

kredit: Google Images

Perkara ini mungkin jarang berlaku tetapi mungkin sebahagian pengguna ingin mengubah angin dan berpendapat laman sosial media yang lain lebih bermanfaat dan menarik seperti Linkedin atau Google+.

 

Read More  Bagaimana Hendak Mencari Mesej Perbualan WhatsApp Yang Terdahulu?

#5 Hilang Kepercayaan Dengan Facebook

kredit: Google Images

Dengan pelbagai isu privasi dan keselamatan yang agak longgar tentang Facebook menyebabkan ramai pengguna hilang kepercayaan dan nekad untuk menutup akaun laman sosial mereka kerana risau tentang masalah kebocoran data dan identiti mereka dicuri.

 

Oleh itu, LIMA (5) sebab diatas menjadi punca utama pengguna akaun Facebook menyahaktifkan akaun laman sosial media mereka. Dengan ini sebagai pengguna laman sosial media yang bijak, kita hendaklah menggunakan sebarang laman sosial media dengan berhati-hati kerana ada yang memerhati kita.

Sumber: itstillworks.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...