Aplikasi SuperAwesome: Alternatif Youtube untuk Kanak-kanak

0 53

Generasi Z memang tidak dapat dipisahkan dengan IT. Malah kanak-kanak hari ini didedahkan dengan teknologi seperti tablet dan telefon pintar sejak dari umur yang sangat muda lagi. Keselamatan kanak-kanak dan privasi mereka menjadi isu yang membimbangkan ibu bapa. Aplikasi Youtube contohnya, berhadapan dengan tindakan saman di bawah Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA) kerana disyaki merekodkan pola tontonan kanak-kanak sejak bertahun lama.

Rekaan aplikasi terbaru SuperAwesome merupakan sebuah alternatif kepada aplikasi video terkenal, Youtube. Teknologi ini disasarkan kepada pengeluar produk kanak-kanak sebagai salah satu platform  syarikat tersebut untuk mengembangkan teknologi yang selamat untuk kanak-kanak. Antara aspek-aspek yang termasuk dalam teknologi ini ialah aktiviti sosial laman maya, kawalan ibu bapa, pengiklanan, pengesahan dan pelbagai lagi aspek yang berpusat kepada menjaga keselamatan kanak-kanak dalam penggunaan teknologi.

Pemain video terbaru ini memberikan pilihan kepada jenama kanak-kanak peluang untuk memasarkan produk selain daripada dalam Youtube yang mempunyai isu keselamatan sekaligus merangsang jualan dan menggalakkan perkembangan jenama.

Menurut syarikat, pemain ini tidak mengambil data daripada kanak-kanak dan tidak melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan seperti COPPA (Amerika Syarikat) dan GDRP-K (Kesatuan Eropah).

Syarikat ini sudahpun membuat kerjasama dengan jenama-jenama gergasi seperti Crayola, Topps, Spin Master,  Warner Bros, Hasbro, Disney, Roald Dahl, Mattel, Dreamworks, dan Penguin. Syarikat-syarikat ini menggunakan platform dan ciri yang terdapat padanya untuk bersosial, mengiklankan, dan berhubung dengan penonton bawah 13 tahun.

Dengan ciri-ciri lain yang terdapat pada SuperAwesome ini, penerbit kanak-kanak ini boleh meletakkan pemain video dalam laman web dan aplikasi mereka serta menguruskan semua isi kandungan sosial mereka, termasuklah video dari papan pemuka SuperAwesome PopJam.

Read More  Gunakan Helah ini (iPhone) untuk Elakkan Tersalah Taip Alamat Emel Lagi

Penerbit boleh menggunakan ciri dalam platform ini secara percuma tetapi syarikat-syarikat yang lebih besar perlu membayar untuk versi yang dinaik taraf kepada SaaS (software-as-a-service).

SuperAwesome kini sedang mensasarkan jenama kanak-kanak yang mematuhi undang-undang negara dan antarabangsa berkenaan privasi kanak-kanak yang mempunyai pilihan teknologi yang terhad untuk membantu meningkatkan bilangan pengguna.

Kredit: TechCrunch

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...