10 Aplikasi Terbaik Untuk Bersantai, Menenangkan, Dan Menghilangkan Tekanan Anda

0 63

Stres dan tekanan adalah perkara yang tidak boleh lari dalam kehidupan manusia. Namun begitu, setiap individu haruslah mempunyai cara untuk mengatasi masalah ini dari terus menganggu kehidupan anda. Oleh itu, artikel pada hari ini akan membincangkan tentang SEPULUH (10) aplikasi yang dapat membantu anda bersantai, menenangkan dan menghilangkan tekanan setiap individu.

#1 MindMeister

kredit: Google Images

Sejenis aplikasi yang membolehkan anda membina peta minda yang mempunyai pelbagai bentuk dan atur yang menarik. Ia juga mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh didapati dalam aplikasi telefon bimbit. Dengan menggunakan aplikasi ini anda dapat menyusun dan mengutamakan perkara yang penting untuk anda lakukan untuk hari yang penting. Aplikasi ini juga didatangkan dengan pelbagai jenis tema, reka bentuk, warna dan imej untuk anda mereka peta minda yang menarik. Anda juga boleh menukar peta minda yang anda lakukan ke dalam bentuk format PDF dan PNf dan tiada limit untuk mereka seberapa banyak peta minda yang anda inginkan.

#2 Ambi Pro

kredit: makeuse.com

Mengurangkan bunyi bising ialah satu jenis aplikasi yang dapat membantu anda untuk bertenang dan menfokuskan perhatian kepada keadaan sekeliling. Ia juga ialah sejenis aplikasi yang unik kerana menggunakan rakaman audio gelung, ia mewujudkan gabungan perubahan bunyi secara algoritma yang tidak pernah diulangi. Anda juga boleh diwujudkan dengan pemati masa automatik untuk spesifikasi masa tertentu.

#3 Calm

kredit: Google Images

Jika anda mencari kelainan untuk bermeditasi aplikasi ini adalah sesuai untuk individu seperti anda. Aplikasi ini juga menyediakan cara-cara untuk bermeditasi mengikut tempoh masa daripada 3 hingga ke 25 minit. Terdapat juga panduan yang mempunyai perbezaan topik seperti menguruskan stres, cara untuk menjadi lebih bahagia dan pelbagai jenis topik yang menarik. Ia juga datang dengan senaman pernafasan untuk menenangkan anda. Setiap hari akan terdapat 10 minit program baru untuk menenangkan hari anda.

Read More  Akhirnya Usaha Twitter Untuk Menjadikannya Tempat Yang ‘Selamat’ Sudah Tercapai!

#4 Headspace

kredit: Google Images

Headspace adalah sejenis aplikasi yang sesuai untuk bermeditasi dan menenangkan minda anda. Anda juga boleh mencuba tahap asas aplikasi ini terlebih dahulu sebelum mula dengan langkah pelbagai aplikasi yang sedia ada. Untuk bermeditasi secara pantas terdapat sesi 2 hingga 3 minit untuk membantu anda mengatasi masalah panik dan tekanan. Anda juga boleh mengajak rakan anda untuk sama sama bermeditasi untuk menenangkan minda. Terdapat juga animasi istimewa yang mengajar anda dengan skill dan membantu anda menjawab soalan minda.

#5 Day One

kredit: Google Images

Jurnal harian ialah satu aplikasi yang membantu anda menyusun idea dan fikiran anda. Aplikasi ini akan membantu anda menulis jurnal sebagai satu hobi anda pada setiap hari. Entri anda pada setiap hari juga akan dapat disusun dengan teratur dan anda juga akan dapat mencari kalendar, jejak masa , peta dan imej menarik. Anda juga tidak mempunyai limit jurnal untuk ditulis dan terdapat pin dengan sokongan Touch ID untuk langkah keselamatan.

#6 Breathe2Relax

kredit: Google Images

Aplikasi ini mengikut kajian dapat mengurangkan tekanan dan membantu anda bertenang. Tidak seperti aplikasi meditasi yang lain, Breathe2Relax membantu anda memfokuskan cara pernafasan yang baik dan menurunkan kadar tekanan anda. Ia juga membantu anda untuk membuat senaman pernafasan dan memberi pilihan untuk anda mendengar muzik pada setiap sesi untuk menenangkan minda anda.

#7 Sleep Cycle Alarm Clock

kredit: Google Images

Insomnia selalu menganggu anda untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Aplikasi ini mempunyai pelbagai ciri yang dapat membantu anda untuk merekod proses tidur anda untuk mendapatkan rehat dan bangun pada waktu pagi dengan lebih segar. Pada waktu malam, aplikasi ini akan mengeluarkan muzik atau bunyi untuk merekod perbezaan waktu tidur anda.

Read More  Bagaimana Untuk Menjejak Barang Yang Anda Tempah Di Atas Talian Dan Tempoh Penghantaran Dengan Hanya Menggunakan Satu Aplikasi

Sebelum tidur, anda boleh menetapkan masa selama 30 minit pada waktu pagi sebagai waktu anda bangun tidur. Aplikasi ini akan mengerakkan anda untuk bangun pada waktu pagi.

#8 Colorfy

kredit: Google Images

Mewarna bukan lagi untuk kanak- kanak. Kajian telah menunjukkan mewarna dapat merehatkan minda dan menenangkan jiwa dewasa. Terdapat pelbagai jenis aplikasi mewarna secara digital yang boleh diguna pakai di dalam telefon bimbit contohnya Colorfy. Aplikasi ini mempunyai 1,000 jenis gambar yang berlainan dan pengguna juga boleh memuat naik hasil lukisan mereka sendiri untuk diwarnakan. Ia juga boleh digunakan tanpa sambungan internet dan boleh dikongsi hasil yang telah siap diwarnakan di laman sosial media anda.

#9 Smiling Mind

kredit: Google Images

Sejenis aplikasi yang menarik untuk diguna pakai dan dibuat untuk membantu setiap lapisan umur. Terdapat pelbagai program yang disediakan untuk membantu kita menguruskan tekanan dan cabaran yang berbeza pada setiap hari. Ia juga menyediakan pelbagai sesi untuk membantu anda berehat.

#10 Alto`s Odyssey

kredit: Google Images

Sejenis permainan atas talian yang membantu anda mengurangkan tekanan apabila terdapat skor muzik yang menarik dan gambar pemandangan yang membantu anda menenangkan fikiran anda. Hanya dengan bermain permainan aplikasi seperti ini akan dapat membantu mengurangkan stres dan tekanan anda.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai aplikasi yang dapat membantu anda untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan menenangkan fikiran anda. Jadi jom cuba aplikasi di atas dan selamat berehat korang.

Sumber: makeuseof.com

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...