Google Assistant Kini Boleh Melakukan Tugasan Yang Dijadualkan Secara Automatik

105

Baru-baru ini, Google baru sahaja mengumumkan dua ciri terbaru Google Assistant; rutin dan jadual yang boleh diubah sendiri di mana kedua-duanya memfokuskan kepada melakukan tugasan harian anda.

Fungsi pertama membenarkan anda memberikan lebih daripada satu arahan dengan hanya satu frasa yang diingini sahaja. Contohnya, anda boleh katakan frasa “Hai Google, saya dah bangun” untuk menukarkan mod senyap telefon pintar anda kepada normal, menghidupkan suis lampu dan membacakan berita. Jadual yang telah ditetapkan pula boleh memberikan siri arahan pada masa tertentu pada hari tertentu tanpa anda perlu memberikan apa-apa arahan berjadual.

Untuk buat jadual anda sendiri,

  1. Buka aplikasi Google Home
  2. Pergi ke Settings > Routines
  3. Buat rutin baru dengan tekan butang +
  4. Skrol ke pilihan “Set a time and day” untuk menjadualkan tugasan harian anda

Jika anda masih belum gunakan pilihan “Time and Day” lagi, periksa semula setelah sehari atau dua hari. Google akan mengaktifkan setelah tempoh masa tersebut untuk memeriksa sebarang bug yang mungkin tertinggal.

Google Assistant banyak membantu dalam melakukan tugasan tanpa perlu anda melakukannya sendiri tetapi dengan ciri terbaru ini, ia mengumpulkan semua tugasan di bawah satu induk yang sama dan memudahkan lagi tugasan yang sukar dan berturutan menjadikan kesemuanya boleh dilaksanakan sekaligus pada satu-satu masa.

Kredit: TechCrunch

Read More  Software Video Editing Terbaik Pilihan Ramai 2018

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...