Tips Pilih Paparan Pintar Terbaik untuk Anda

136

Lebih maju berbanding pembesar suara pintar, teknologi paparan pintar yang inovatif seperti Amazon dan rantaian aplikasi Google seperti Google Home dan Google Assistant lebih digemari  kerana mampu membuat tugasan yang selalunya dimuatkan dalam telefon pintar atau tablet  seperti mencari lagu dan memainkannya, menukar saluran di televisyen, membuat panggilan video dan pelbagai lagi. Terdapat pelbagai variasi produk serupa di pasaran tetapi TIGA(3) paparan pintar ini merupakan antara pilihan terbaik dari kami.

Amazon Echo Show

Sumber: The Verge

Paparan pintar ini mempunyai ciri paparan tujuh inci dan hampir sepenuhnya berpaut dengan perkhidmatan yang disediakan Amazon. Echo Show berfungsi sama seperti Alexa, dengan mikrofon yang mampu menangkap suara walaupun jauh dan integrasi fungsinya. Perbezaan yang ada hanyalah paparannya yang mesra sentuh dan segala maklumat yang diminta seperti lagu yang ingin dimainkan akan dipaparkan di skrin.

Amazon Echo Show ini tidak memerlukan kedai aplikasi (app store). Ia sangat mudah dikendalikan; hanya buat permintaan atau bagi arahan dan peranti ini akan memenuhinya dengan segera. Ia juga boleh dijadikan alat hiburan dengan ciri binaan dalaman yang boleh memainkan filem dan TV dari Prime Video, klip video dari CNN serta bersembang melalui video.

Echo Show dan sebuah lagi peranti paparan pintar yang lebih kecil, Echo Spot mempunya ciri panggilan video “Drop In’ yang membenarkan anda bertukar kepada sembang melalui video dengan kenalan yang dipercayai. Ciri ini boleh digunakan bersama mana-mana peranti Echo, tablet Fire, serta pengguna iOS dan Android yang mempunya aplikasi Alexa.

Sekiranya anda ingin memainkan lagu dengan kuat melalui telefon pintar anda, Echo Show mempunyai sistem suara yang lebih baik dan kuat. Ia lebih baik daripada Echo Speakers tetapi tidaklah sehebat Sonos: One. Paparan pintar ini boleh memainkan lagu daripada telefon pintar anda melalui Bluetooth. Malangnya, audio Echo Show tidak boleh disambungkan kepada peranti audio yang lain kerana tiada ‘jack‘, tidak seperti Echo Spot yang mempunyai ‘jack’ besaiz 3.5mm

Read More  Inilah Cara Untuk Kongsikan Lokasi Nyata Anda Dengan Rakan Anda di Whatsapp!

Harga: $229 (RM 926.44). Boleh didapati dalam warna hitam atau putih

Amazon Echo Spot

Sumber: The Verge

Alexa dalam bentuk sfera, Echo Spot berfungsi sama seperti pembesar suara Echo yang lain. Namun begitu, model ini menampilkan binaan yang berbentuk bulatan dan lebih kecil serta murah.

Dengan harga satu Echo Show, anda boleh dapatkan dua Echo Spot dan beri kepada ahli keluarga untuk menggunakan ciri “Drop In” untuk bersembang melalui video. Echo Spot juga boleh digunakan dalam rumah sebagai salah satu cara untuk memanggil orang di atas untuk turun makan bersama di dapur.

Terdapat beberapa ciri istimewa untuk paparan pintar bersaiz kecil ini. Di dapur, ia boleh digunakan untuk menetapkan masa dan mendengar lagu. Di bilik lain, ia boleh mengendalikan penggera tanpa mengganggu tugasan yang lain. Walaupun bukan kamera keselamatan, ciri “Drop In” boleh digunakan dalam bilik lain untuk mengawasi pergerakan dalam bilik tersebut.

Fungsi skrin paparan dan pembesar suara Echo Spot sama seperti Echo Show namun Echo Spot mempunya ‘jack’ audio yang membolehkan ia disambung ke sistem pembesar suara lain manakala Echo Show tidak mempunyai ‘jack’ tersebut.

Lenovo Smart Display

Sumber: The Verge

Paparan pintar Lenovo didatangkan dalam dua saiz, lapan dan sepuluh inci dengan harga bermula $199 (RM 805.11) hingga $249 (RM 1,008.82). Luarannya kelihatan seperti bingkai gambar yang pintar.

Model ini menggunakan fungsi Android Things, Googles’s OS yang dibina khusus untuk peranti Internet of Things. Seperti paparan pintar Amazon, model Lenovo ini boleh mengawal teknologi yang boleh dihubungkan dengannya di rumah anda.

Beberapa ciri yang terdapat di paparan pintar Google tidak boleh didapati di Amazon Echo Show seperti skrin yang lebih besar untuk memudahkan anda membaca resepi contohnya, serta menonton Youtube. Google Assistant boleh berkongsi video dari Youtube untuk menyelesaikan masalah anda. Anda boleh berkongsi lokasi dari Smart Display di telefon pintar anda. Namun begitu, disebabkan hubungan dan sambungan dengan produk Google yang kuat, agak sukar untuk anda mendapatkan hiburan dari sumber lain, seperti Netflix dan Hulu.

Read More  Lima Cara Untuk Mengosongkan Ruang (Free Up Space) Pada Peranti Android Anda!

Kredit: The Verge

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...