Langkah Mudah untuk Dengar dan Padam Suara Anda Yang Mungkin Telah Dirakam oleh Google Home

260

Google Home merupakan salah satu daripada pelbagai pembantu maya yang telah diperkenalkan sebagai salah satu cabang teknologi Artificial Intelligence (AI) yang menggunakan suara sebagai penanda aras untuk mula melakukan satu-satu perkara; menjawab soalan, memainkan lagu dan pelbagai lagi aktiviti harian anda. Namun, dalam kepintarannya mengecam suara pemilik dan mengikut arahannya, pembantu maya mungkin melakukan perkara-perkara yang tidak diingini seperti merakam perbualan sulit dan sebagainya. Sekiranya anda ragu-ragu dengan pembantu maya Google Home anda, anda boleh pastikannya dengan beberapa cara mudah. Dengan cara ini, anda boleh dengar dan padam mana-mana rakaman yang dikehendaki dengan mudah. Tak perlu risau lagi!

Semudah A, B, C!

Sebelum bermula, pastikan anda telah log masuk akaun Google anda melalui pelayar laman web. Klik pada gambar profail di bahagian atas kannan, klik pada “Google Account”,  dan anda akan dibawa ke halaman keseluruhan. Cari kolum “Personal info & Privacy” di bahagian tengah halaman tersebut,  kemudian klik pada “Manage your Google activity.” Setelah anda masuk ke halaman tersebut, skrol ke bawah sehingga anda lihat bahagian “Review Activity” dan klik pada “Go to my activity”.

Untuk tetapan bagi telefon pintar pula, anda perlu log masuk dalam akaun Google melalui pelayar. Sentuh tetapan-tetapan berikut; Manage Accounts > Google Activity Controls > Manage Activity. Anda akan dapat lihat senarai penuh soalan yang telah ditanyakan yang boleh disusun atur dan dipadam.

Sumber: The Verge

Halaman aktiviti memaparkan senarai keseluruhan soalan-soalan yang pernah anda utarakan di Google Search, Assistant di telefon pintar anda,  dan Halaman Utama. Anda boleh menapis aktiviti anda di semua produk dan aplikasi Google hatta pada tarikh yang berbeza-beza.

Sumber: The Verge

Di bahagian “Details” di bahagian kiri,  setiap soalan membenarkan anda melihat peranti mana yang menerima soalan tersebut berserta koordinat lokasinya. Anda boleh klik atau sentuh pada butang “Play” untuk mendengar arahan suara penuh termasuklah ayat pengaktifan Google Home iaitu “Hey Google“.

Sumber: The Verge

Setelah anda mendengar rakaman-rakaman tersebut, anda boleh padam mana-mana rakaman yang tidak diingini sekiranya anda berasa kurang selesa dengan lokasi anda yang direkodkan. Hanya klik pada ikon tiga titik menegak dan klik “Delete”.

Sekiranya anda ingin memadam semua soalan yang telah dikemukakan dalam satu-satu tempoh masa, anda boleh klik ikon burger pada header “Today”, atau pautan “Delete activity by” pada bahagian sebelah kiri pada halaman di desktop. Di situ, anda boleh padamkan soalan berdasarkan hari, tetapkan tempoh masa, atau pilih “all time” dan padamkan semua soalan yang telah disoal dalam akaun Google anda sejak dari pertama kali anda menggunakannya.

Sumber: The Verge

Sebelum anda mengesahkan pemadaman, Google akan memberi amaran tentang data yang tidak boleh didapati kembali termasuklah pautan kepada polisi Google berkaitan koleksi data dan pemadaman. Sebaik sahaja anda klik padam, soalan tersebut akan hilang selama-lamanya. Tak perlu risau, tak perlu khuatir. Data ini tidak mungkin akan terlepas ke tangan orang ketiga.

Kredit: The Verge6

Read More  Papan Putih Dengan Skrin Sentuh Keluaran Google Kini Mula Dijual Dengan Harga USD 5,000

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...