Cara Menulis E-mel Profesional Yang Sempurna Dan Disokong Oleh Data
kredit: Google Images
Menulis emel nampak mudah tetapi sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menulis emel dengan sempurna. Dengan mengetahui tentang penulisan emel secara tidak langsung akan memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan betul dan mesej yang hendak di sampaikan tepat dan benar. Terdapat SEMBILAN (9) cara untuk menghantar emel dengan sempurna dan disokong oleh data:
#1 Dapatkan Nama Kenalan
kredit: makeuse.com
Perkara ini mungkin nampak biasa tetapi ia adalah satu cara untuk menarik perhatian orang untuk membaca ketika menerima emel daripada anda jika anda meletakkan nama penerima emel. Anda juga perlu menulis nama mereka sebanyak mungkin contohnya di tajuk emel dan subjek emel. Ia juga satu teknik psikologi untuk menarik perhatian penerima emel mengikut kajian yang telah dilakukan pada tahun 2006.
#2 Menggunakan Kesan Halo Effect
kredit: makeuse.com
Halo Effect adalah satu kesan yang dikenali sebagai pengesahan kenalan kepada orang yang mencadangkan anda kepada orang lain. Sebagai contoh, jika pengurus anda menyuruh anda terus menghubungi pengarah syarikat anda, jangan lupa masukkan nama pengurus anda di dalam emel anda. Cara ini berkesan untuk mendapatkan balasan emel dengan kadar segera dan pantas.
#3 Menggunakan Emosi Neutral Anda
kredit: makeuse.com
Mengikut kajian yang dilakukan menunjukkan emel positif dan negatif kurang mendapat balasan berbanding emel neutral yang digunakan. Peratusan dua jenis emel iaitu positif dan negatif sebanyak 5-15% berbanding emel neutral. Jenis emel yang meletakkan pujian juga tidak mendapat balasan yang positif. Jadi jangan menggunakan emosi yang berlebihan semasa menghantar emel.
#4 Pastikan Emel Anda Ringkas Dan Mudah
kredit: makeuse.com
Cara ini adalah penting bagi setiap pengirim emel kerana mengikut kajian daripada Boomerang sebanyak 40 juta emel yang dihantar mempunyai 50-175 perkataan yang mempunyai peluang untuk di terima sebanyak 49-50%. Selain itu, anda juga boleh mengikuti Falsafah Lima Ayat dan jangan hantar lebih daripada 5 ayat.
#5 Gunakan Perkataan “Kerana”
kredit: makeuse.com
Jika anda ingin menyuruh atau bertanya sesuatu kepada seseorang, jangan lupa meletakan alasan dan sebab mengapa anda berbuat demikian.
#6 Jangan Beri Pilihan Lebih Daripada Tiga
kredit: unsplash.com
Untuk memudahkan penerima emel membalas dengan kadar segera emel anda jangan memberi pilihan lebih daripada tiga. Hal ini ia akan merumitkan penerima dan melambatkan kadar masa emel anda mendapat respons daripada penerima.
#7 Tulis Gaya Penulisan Yang Biasa (Ketiga)
kredit: Google Images
Kadar penulisan yang biasa (ketiga) mendapat kesan yang luar biasa daripada gaya penulisan yang sama. Mengikut kajian dari Boomerang, penulisan emel seperti di kolej juga mendapat balasan sebanyak 39%. Hal ini menunjukkan gaya tulisan yang lebih mudah akan memudahkan penerima emel membalas emel anda dengan kadar segera.
#8 Semak Gaya Tulisan Anda
kredit: makeuse.com
Jangan lupa semak tulisan anda, ejaan dan jenis ayat yang anda gunakan. Hal ini kerana ia amat penting untuk mengetahui mesej tidak di salah ertikan.
#9 Tunjukkan Nombor Daripada Perkataan
kredit: Google Images
Jika emel anda mengandungi nombor, statistik atau data, huraikan emel anda dengan menggunakan angka daripada perkataan. Hal ini jika penerima melihat angka mereka akan cenderung untuk membuka emel anda berbanding perkataan.
Sebagai kesimpulannyaa, kita harus menggunakan cara-cara diatas untuk menghantar emel secara profesional dan disokong oleh data. Selamat mencuba dan mendapatkan balasan dengan kadar segera.
Sumber: makeuseof.com
Komen