Youtube Dalam Mod Gelap Kini Didatangkan untuk Pengguna Android

293

Pada Mac yang lalu, Youtube mendedahkan bahawa aplikasi tersebut akan melancarkan mod gelap bagi aplikasi mudah alihnya, bermula dengan versi iOS. Kini, pengguna Android turut dapat menikmati ciri terbaru tersebut dalam peranti mudah alih mereka.

Pada tahun lepas, Youtube telah menambah mod gelap dalam laman desktopnya dan syarikat tersebut berkata, ciri tersebut merupakan ciri yang paling banyak menerima permintaan untuk ditambah dalam aplikasi mudah alih Youtube. 9to5Google melaporkan bahawa ciri tersebut mula dilancarkan dan digunakan secara meluas semalam, setelah memberikan notifikasi kepada pengguna. Ia dikatakan turut boleh dibuka dan ditutup cirinya pada tetapan aplikasi tersebut.

Jadi, pengguna Android! Anda kini boleh boleh menonton Youtube pada telefon pintar anda tanpa perlu berasa silau dengan cahaya putih daripada latar belakang aplikasi tersebut lagi!

Kredit : The Verge

Read More  Cara-Cara Untuk Melajukan Internet Anda

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...