Gunakan Helah ini (iPhone) untuk Elakkan Tersalah Taip Alamat Emel Lagi

159

Salah satu masalah yang sering terjadi apabila hendak menghantar emel kepada seseorang adalah salah menaip alamat emel. Anda mungkin tidak menyedari bahawa penerima tidak mendapat emel anda kerana menaip nama domain yang salah. Walau bagaimanapun, emel iOS mempunyai beberapa helah untuk mencegah perkara ini daripada berulang.

Bagaimana untuk Tidak Silap Taip Alamat Emel pada iPhone

Sumber: MUO
  1. Buka Settings dan pilih Mail.
  2. Tekan pada Mark addresses.
  3. Masukkan nama domain alamat emel yang sering anda gunakan (@gmail.com@mycompany.com, @yahoo.com)
  4. Jika nama domain ditandakan MERAH, ia bermaksud nama domain emel tidak sah.

Nama domain yang anda tidak masukkan dalam menu itu juga akan muncul dalam warna merah, termasuk yang sah. Warna merah tidak bermakna bahawa anda tidak boleh menghantar e-mel, tetapi menandakan bahawa anda perlu menyemak semula apabila ia muncul.

Pastikan anda menambah orang penting dalam kenalan anda untuk memudahkan anda supaya tidak perlu menaip secara manual.

Sumber: MakeUseOf

 

Read More  Bagaimana Sebenarnya GPS Anda Berfungsi?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...