3 Aplikasi Yang Dapat Membantu Anda Mencari Rakan Baru Apabila Mengembara

2,054

 

 

kredit: unsplash.com

Untuk mencari kenalan yang baru bukan perkara mudah tambahan pulak jika kita sedang mengembara ke tempat asing. Namun pada masa kini dengan kewujudan pelbagai aplikasi yang membantu kita mencari kenalan dengan lebih mudah dan cepat. Jadi artikel pada hari ini kami akan berkongsi TIGA (3) aplikasi yang dapat membantu anda membina kenalan yang baru ketika anda sedang mengembara:

 

#1 Couchsurfing

kredit: Google Images

Aplikasi ini tidak asing lagi pada pengembara kerana ia juga mempunyai fungsi untuk mencari tempat penginapan untuk menginap di destinasi pilihan. Namun ramai tidak mengetahui bahawa aplikasi ini juga membolehkan kita untuk mencari rakan baru apabila ia mempunyai ciri yang membolehkan kita meletakkan mesej perkenalan untuk mencari kenalan baru yang mempunyai minat yang sama seperti kita.

Bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini?

Terdapat satu menu yang membolehkan anda mencari pengembara, aktviti berkaitan, kumpulan pengembara dan berbincang tentang satu isu. Pilih ” Berbincang” dan tekan lokasi yang berdekatan untuk mengetahui aktiviti yang terdapat di kawasan anda. Selain itu anda juga boleh pilih untuk membalas komen dalam perbincangan untuk menambah kenalan anda. Anda juga boleh melihat profil atau rujukan kenalan anda sebelum anda memulakan perbincangan. Profil yang lebih jelas akan kelihatan dengan tambahan gambar dan komen positif untuk memastikan anda tidak berkenalan dengan orang yang tidak sepatutnya.

 

#2 Facebook

kredit: Google Images

Ini merupakan pilihan yang sedia ada aplikasi ini merupakan platform sosial media yang terbesar untuk anda menambah kenalan anda. Setakat kini aplikasi mempunyai 1 billion pengguna dan merupakan satu aplikasi yang dipercayai untuk anda menambah kenalan anda kerana ia menyeluruh dan boleh mencari daripada pelbagai jenis.

Read More  Kamera Google Translate Sudah Boleh Terjemahkan Dalam Bahasa Melayu!

Bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini?

Di butang pencarian Facebook, anda boleh memilih bandar yang berdekatan dan tekan ‘Kumpulan’ untuk anda cari kenalan yang terdekat dengan anda. Anda mungkin akan terkejut kerana akan terdapat pelbagai profil kenalan mengikut minat atau kumpulan. Selepas anda pasti untuk berkenalan dengan kumpulan yang sama minat, anda boleh mencari maklumat di kumpulan tersebut tentang aktiviti dan perbualan kumpulan yang terbaru. Namun begitu anda perlu berhati-hati ketika menggunakan aplikasi ini kerana untuk terdapat pelbagai kes  kecurian data daripada aplikasi laman sosial media ini.

 

#3 Tinder

kredit: Google Images

Aplikasi ini juga terkenal dengan reputasi untuk mencari pasangan ideal anda tetapi ia juga akan boleh digunakan untuk anda mencari kenalan. Namun begitu tidak semua individu mempunyai pendapat sama berkaitan dengan aplikasi ini jadi anda perlu menggunakan aplikasi ini secara berhemah dan lebih baik anda meletakkan status hubungan anda untuk langkah keselamatan. Anda juga boleh menjadualkan untuk bertemu kenalan anda di tempat terbuka dan bertemu pada siang hari.

Kesimpulannya, tiga aplikasi ini akan dapat membantu anda mencari kenalan ketika anda mengembara di tempat asing. Jadi anda tidak lagi bersendirian lagi. Selamat mencuba korang.

Sumber: zafigo.com

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...