Langkah untuk Mengetahui Anda telah Disekat oleh Seseorang di Facebook

286

Terdapat empat tanda untuk melihat jika anda rasa anda telah disekat oleh seseorang di Facebook:

  • Tidak lagi dapat melihat post mereka dalam Facebook Feed anda.
  • Tidak dapat mencari mereka dalam carian Facebook.
  • Tidak dapat menghantar mesej melalui Facebook Messenger.
  • Mereka tidak muncul dalam senarai rakan Facebook anda.

Bagaimana untuk Mencari post rakan dalam Facebook Feed anda

Ramai orang mula mengesyaki bahawa mereka telah disekat oleh rakan di Facebook apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak lagi dapat melihat post orang tersebut dalam Facebook Feed mereka.

Cara untuk memastikan sama ada anda disekat:

  • Melalui laman web atau aplikasi Facebook, tekan pada bar carian dan taip nama rakan anda.
  • Apabila nama mereka muncul dalam hasil carian, tekan padanya.

**Jika nama rakan anda tidak muncul dalam carian anda, ini mungkin kerana anda telah disekat oleh mereka.

Bagaimana Mencari Rakan Facebook dalam Carian

Cara cepat untuk memeriksa sama ada anda telah disekat oleh akaun lain di Facebook adalah dengan mencari nama mereka melalui bar carian. Jika nama mereka tidak muncul dalam hasil carian, ini bermaksud mereka telah menyekat anda.

**Pastikan ejaan betul.

Bagaimana untuk Periksa Samada Anda Disekat Melalui Facebook Messenger

Jika anda menggunakan aplikasi Facebook Messenger pada telefon pintar, tablet atau komputer anda, anda juga boleh menyemak untuk mengetahui sama ada anda telah disekat oleh seseorang dengan cuba menghantar mesej kepada mereka.

  1. Buka aplikasi Facebook Messenger
  2. Tekan ikon di sudut kanan.
  3. Selepas tekan ikon, aplikasi ini akan meminta anda memasukkan nama orang yang anda mahu menghantar mesej.
  4. Taip nama rakan anda.
  5. Jika nama dan gambar mereka muncul di skrin, anda akan dapat menghantar mesej kepada mereka dan ini juga bermakna anda tidak disekat.
  6. Sekiranya tidak muncul, ini bermakna anda telah disekat.
Read More  Gunakan Laman Ini Untuk Membandingkan Google Fonts Yang Ingin Digunakan

Semak Senarai Kawan Anda

Cara cepat untuk melihat siapa yang menyekat anda di Facebook adalah dengan menyemak senarai rakan anda.

Jika seseorang telah menyekat anda, ia tidak akan muncul dalam senarai rakan Facebook anda.

Untuk melihat senarai rakan anda:

  • Log masuk ke aplikasi atau laman web Facebook dan tekan pada gambar profil anda.
  • Anda akan dibawa ke profil Facebook anda.
  • Pada profil anda haruslah menu mendatar dengan pilihan About, Photos, dan Friends. Tekan pada Friends.

Sumber: Lifewire

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...