Cuba Dahulu Sebelum Membeli Dengan Ciri Terbaru Dari Facebook

379

kredit: Google Images

Mengikut laporan daripada TechCrunch, aplikasi sosial media Facebook kini dalam proses memperkenalkan  ciri terbaharu yang bakal membuat satu perubahan dalam bidang pengiklanan. Ciri ini juga datang dengan teknologi augmented reality yang boleh memantapkan imej yang dihasilkan oleh komputer yang pada pandangan dunia sebenar dan mempunyai pandangan komposit. Dengan ini pembelian atas talian akan jadi lebih mudah dan efisien.

Selain itu, ciri ini juga akan membolehkan para pembeli untuk ‘mencuba’ terlebih dahulu sebelum melakukan transaksi untuk membeli produk. Sebagai contoh, pembeli boleh mencuba satu rekaan kaca mata termasuklah bingkai dan warna pada cermin kaca mata tersebut.

kredit: thevocket.com

Setakat ini, jenama terkenal Michael Kors merupakan syarikat pertama yang sedang menguji ciri ini untuk tujuan pemasaran. Terdapat juga beberapa syarikat barangan kosmetik seperti Sephora, NYX Professional Makeup, Bobby Brown, Pottery Barn, Wayfair dan King yang bakal menguji ciri menjelang musim panas yang akan datang. Kesimpulannya dengan bantuan teknologi yang semakin berkembangkan sudah pasti akan menyenangkan kehidupan pada masa akan datang.

 

kredit: thevocket.com

Sumber: thevocket.com

 

Read More  Aplikasi Moovit: Pembantu Pelancong Ideal Anda

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...