Kehilangan atau salah letak fail sangat merisaukan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan kembali fail anda. Mari kita lihat lima cara untuk memulihkan fail dan dapatkannya kembali.
Lupa Dimana Anda Simpan Fail Anda
Apabila pengguna tekan File dan Save dalam Microsoft Excel ataupun Word, mereka selalunya tekan butang Save tanpa mengambil tahu dimana fail tersebut disimpan.

Setelah fail disimpan tetapi anda tidak mengetahui dimana ia disimpan, ia akan menyulitkan anda untuk membukanya kembali.
Langkah mencari fail yang anda terlupa dimana anda simpan.
1. Dokument Terbaru (Recent Documents / Sheets)
Langkah mudah untuk dapatkan kembali fail ialah dengan membuka kembali aplikasi dan semak list of recent files.
Microsoft Office: Tekan File > Open > Recent Documents

Jika anda sedang mencari fail lama yang anda simpan, anda perlu menggunakan kaedah seterusnya.
2. Carian Windows dengan Partial Name
Pilihan seterusnya adalah melakukan carian Windows sekiranya anda mengingati beberapa huruf pertama nama fail.
Untuk melakukan ini:
- Tekan butang Windows Start
- Taip nama fail (taip sebanyak mana yang anda tahu)
- Fail akan muncul dalam senarai dibawah keputusan carian

Terdapat juga pilihan lain jika anda tidak mengingati nama fail anda.
3. Carian Melalui Extension
Anda juga boleh mencari fail berdasarkan jenis extension. Contohnya, jika anda tahu dokumen tersebut ialah Word, taip “.doc”.

Anda juga boleh menggunakan Cortana, terutamanya untuk dokumen. Sekiranya anda tekan ikon Cortana dalam task bar, anda akan diberi senarai aktiviti terbaru anda di bawah Pick up where you left off.

Anda juga boleh mencari di bahagian Section.

Taip nama fail dan ia akan dipaparkan di bawah hasil carian Cortana.
4. Carian di File Explorer melalui Tarikh
Walaupun anda telah mencipta fail terlalu lama, anda masih boleh mendapatkannya dengan menumpukan pada julat tarikh yang berkaitan.
Untuk melakukan ini:
- Buka File Explorer, dan tekan pada medan carian fail.

- Tekan Date modified dan pilih tarikh yang anda mahu cari.

Jika anda tidak dapat mengingat tarikh, anda juga boleh menaip judul atau tajuk yang anda ketahui atau sebahagian daripada dokumen itu. Langkahnya:
- Pergi ke menu Search
- Tekan Advanced options
- Aktifkan File contents

Apabila anda menaip kata atau frasa dalam carian, ia akan menapis kandungan fail untuk mengesannya.
5. Periksa Recycle Bin
Anda mungkin tidak sengaja memasukkan fail ke dalam ikon tong sampah di desktop. Walau apapun alasannya, anda perlu sentiasa memeriksa Recycle Bin untuk mencari fail yang hilang. Untuk berbuat demikian, pergi ke desktop Windows dan tekan dua kali pada ikon Recycle Bin.

Berhati-hati dengan Kehilangan Fail
Langkah utama untuk mengelakkan perkara ini terjadi berulangkali ialah dengan selalu mengingati dimana fail anda disimpan. Pastikan anda perhatikan lokasi di mana anda mahu fail anda disimpan sebelum menekan butang Save!
Sumber: MakeUseOf
Komen