Langkah Menghapuskan ID Apple dengan Selamat

210

Apple kini mempunyai alat Data dan Privasi yang berdedikasi yang membolehkan anda mengedit atau memuat turun data anda yang disimpan oleh Apple dan menyahaktifkan (deactivate) / memadam ID Apple anda.

Bagaimana tool ini berfungsi untuk memadam ID Apple dan apakah persediaan anda?

Alasan Kukuh untuk Memadam ID Apple

Anda perlu ingat bahawa pemadaman itu adalah muktamad, malah Apple juga tidak dapat memulihkan akaun dan data anda jika anda mahu mendapatkannya semula. Jika anda merancang untuk kembali ke perkhidmatan Apple pada masa akan datang, anda hanya perlu deactivate akaun anda, bukan memadam.

Kehilangan Data & Servis

Anda akan kehilangan akses kepada kebanyakan perkhidmatan Apple dan sebahagian besar data Apple anda. Sangat penting untuk anda memahami dan mengkaji semula alasan anda memadamkan ID Apple.

Sebagai permulaan, anda akan kehilangan akses kepada:

  1. App Store, iTunes Store dan iBooks Store
  2. Data iCloud termasuk data yang disimpan dalam iCloud oleh aplikasi Apple serta aplikasi pihak ketiga
  3. Perkhidmatan seperti Apple Pay, App Store, iTunes Store, dan iCloud
  4. iMessage dan FaceTime tetapi anda masih boleh menggunakannya pada iPhone dengan nombor telefon anda
  5. Apple Music dan Apple News
Sumber: MUO

Langkah Pertama: Back UP, Disable, Sign Out 

Sumber: MUO

Buat salinan untuk semua data sebelum anda memberikan ID Apple anda. Seterusnya pergi ke Find My iPhone/Find My Mac, yang membolehkan anda mengesan peranti Apple anda yang hilang dan kunci atau padamkannya dari jauh. Anda perlu mematikan ciri ini sebelum anda menyingkirkan ID Apple anda.

Langkahnya:

  • macOS: Buka System Preferences > iCloud, matikan Find My Mac
  • iOS: Buka Settings > [Your Name] > iCloud > Find My iPhone, matikan Find My iPhone
Read More  Bagaimana Untuk Backup Pemacu Cakera Anda?

Sahkan Mac anda. Anda boleh melakukan itu dari apl iTunes; buka Account > Authorizations > Deauthorize This Computer

Sumber: MUO

Sangat penting untuk anda log keluar iCloud dari semua aplikasi dan peranti sebelum anda memadamkan ID Apple anda. Jika anda melangkau langkah ini, anda mungkin menghadapi masalah menggunakannya pada masa akan datang.

  • macOS: System Preferences > iCloud dan tekan Sign Out
  • iOS: Buka Settings > [Your Name] dan tekan Sign Out

Anda boleh memilih untuk menyimpan salinan data iCloud anda pada peranti.

Sumber: MUO

**Anda juga harus log keluar dari akaun Apple dalam pelayar dan membersihkan cookies.

Anda juga perlu mengeluarkan peranti yang bersambung ke Apple ID anda. Untuk melakukan ini, log masuk ke halaman ID Apple.

Seterusnya, di bahagian Devices, tekan pada peranti dan kemudian butang Remove.

Sumber: MUO

Bagaimana Memadam ID Apple dengan Selamat

Sebaik sahaja anda yakin untuk memadamkan ID Apple anda, anda perlu mengakses tool penghapusan. Ia boleh didapati di privacy.apple.com pada Mac, PC dan iPad.

Sumber: MUO

Dalam bahagian Manage your data, anda boleh memilih untuk:

  • Betulkan data: Kemas kini sebarang maklumat peribadi yang salah.
  • Padam akaun: Padam ID Apple anda.
  • Deactivate akaun: Matikan akaun anda buat sementara waktu.
Sumber: MUO
  • Tekan pautan Get started dibawah Delete your account untuk meneruskan
  • Pilih yang berkaitan dalam menu Select a reason
  • Tekan Continue
Sumber: MUO
  • Masukkan nombor telefon atau alamat emel anda untuk mendapatkan kemaskini daripada Apple tentang status akaun anda
Simpan Kod Akses Unik daripada Apple

Apple akan memberi kod akses unik, berguna jika anda mahu membatalkan permintaan penghapusan. Kod ini membantu Apple Support mengesahkan identiti anda apabila anda berhubung dengannya.

Read More  Adakah Anda Melakukan Kesilapan Networking Ini?
Sumber: MUO
  • Pastikan anda catit kod akses dan simpan di lokasi yang selamat.
  • Tekan butang  Delete account pada skrin kod akses.
  • Pemadaman akaun boleh mengambil masa sehingga tujuh hari dan akaun anda akan terus aktif pada masa ini.

Sudah Bersedia untuk Berpisah dengan ID Apple Anda?

Apple telah menjadikan portal Data dan Privasi ini tersedia di seluruh dunia dan mengekalkan pengalaman pemadaman yang konsisten. Jika anda sudah tidak menggemari Apple, anda kini boleh memulakan proses penghapusan dengan mudah. Jangan lupa untuk melakukan persiapan terlebih dahulu!

Selamat mencuba. Terima kasih!

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...