Anda Tidak Akan Bangun Lewat Lagi Dengan Aplikasi ‘Alarmy’

748

kredit: thevocket.com

Anda seorang yang susah bangun pagi walaupun telah mengunci jam penggera berulang kali. Kini anda tidak perlu risau lagi dengan kewujudan aplikasi jam penggera ‘Alarmy` yang mempunyai pelbagai cara yang akan berkesan untuk mengejut anda daripada tidur yang lena. Penggera jenis ini amat susah dimatikan kerana mempunyai cara yang menjengkelkan untuk membangunkan individu yang susah untuk bangun dari katil.

 

kredit: thevocket.com

Terdapat beberapa cara untuk mematikan penggera yang menjengkelkan dan mempunyai tahap dari yang paling mudah hingga susah untuk anda mematikan penggera ini. Misalnya terdapat satu cara yang menyuruh pengguna aplikasi ini untuk menjawab soalan matematik yang sukar untuk penggera ini dimatikan. Perkara seperti ini sudah pasti akan mengejutkan anda apatah lagi apabila anda baru sahaja bangun pagi.

kredit: thevocket.com

Oleh itu, anda akan terus segar dan berusaha untuk meneyelesaikan masalah matematik daripada penggera ini terus menganggu anda. Penggera Alarmy juga diiktiraf sebagai aplikasi yang paling menjengkelkan oleh para pengguna kerana berkesan untuk mengerakkan individu yang selalu meminta 5 minit tambahan untuk bermalas-malasan di atas katil. Anda boleh mencuba aplikasi penggera ini untuk mengerakkan anda bangun pagi atau individu yang sukar bangun pagi dengan memuat turun aplikasi ini di Appstore dan Google Play. Selamat mencuba dan menjadi lebih produktif di pagi hari.

Sumber: thevocket.com

 

 

Read More  Mod Gelap Kini Didatangkan dalam Versi Terbaru Android Messages

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...