5 Alasan Microsoft Dapat Lindungi Keselamatan PC Anda

Mengapa Anda Perlu Mempercayai Microsoft untuk Keselamatan Anda

209

Microsoft boleh dikatakan syarikat teknologi paling berpengaruh dalam sejarah. Hampir 30 tahun selepas dilancarkan, Windows masih merupakan sistem operasi paling popular di dunia. Mengapa anda perlu mempercayai Windows dari aspek keselamatan PC anda? Mari kami bongkarkan jawapannya:

1. Windows Defender

Sumber: MUO

Peranti Windows yang tanpa perlindungan antivirus adalah sasaran utama untuk penggodam dan penjenayah di seluruh dunia. Microsoft mula melancarkan perisian antivirus percuma iaitu Microsoft Security Essentials (MSE) juga dikenali sebagai Windows Defender. Ia tidak memerlukan setup atau campur tangan pengguna, ia adalah salah satu penambahbaikan yang paling penting dalam keselamatan digital.

2. Windows Hello

Windows Hello adalah sistem pengesahan biometrik yang didatangkan bersama Windows 10. Hello merupakan langkah pertama dalam strategi empat langkah Microsoft untuk masa depan. Apabila Hello diaktifkan, anda boleh log masuk ke peranti Windows dengan hanya muka atau cap jari.

3. Pembelajaran Mesin (Machine Learning) & Kejuruteraan Sosial (Social Engineering)

Sumber: MUO

Social Engineering ialah amalan memanipulasi mangsa untuk berkongsi maklumat sulit atau sensitif.

Anda akan menerima emel yang kononnya dari pihak bank anda. Tujuan emel ini adalah supaya anda memuat turun lampiran yang berniat jahat ataupun memasukkan maklumat sulit.

Penyelesaian Windows adalah memanfaatkan peningkatan Machine Learning dan mengintegrasikannya ke Windows Defender. Bagaimana ia akan menghalang serangan Social Engineering?

Perisian antivirus bergantung kepada definisi yang kerap dikemas kini untuk membandingkan fail yang berniat jahat. Defender kini boleh menganalisis dan mengenal pasti malware yang berpotensi sebelum penyebarannya.

4. Unit Digital Jenayah (Digital Crimes Unit)

Cybercrime adalah masalah di seluruh dunia, bukan hanya untuk Microsoft. Digital Crimes Unit  (DCU) Microsoft adalah pasukan penyiasat, saintis data, jurutera, penganalisis dan profesional perniagaan antarabangsa yang berpusat di 30 negara.

Read More  Hantar Fail Dari Windows 10 Ke Peranti Android Dengan Pantas?

Pasukan ini bekerja dengan penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia untuk memerangi jenayah siber, dengan fokus pada tiga bidang utama iaitu malware, phishing, dan penyalahgunaan imej kanak-kanak.

5. Microsoft Edge Security

Sumber: MUO

Windows 10 telah mencipta era baru untuk Microsoft, ia seolah-olah sistem operasi terbaru mereka akan dihantar melalui pelayar default baru. Microsoft Edge berkongsi logo yang sama dengan IE.

Microsoft Edge menyokong Windows Hello untuk mencegah serangan phishing. Browser ini dapat mengurangkan risiko kandungan berniat jahat yang boleh menjangkiti komputer anda.

Anda Perlu Percayakan Microsoft

Windows Defender adalah perisian antivirus yang anda perlukan. Ia dapat menangani masalah jenayah dan penggunaan Machine Learning untuk menentang Social Engineering menjadikan ia lebih selamat dalam talian. Dengan tumpuan mereka pada sistem pengesahan kata laluan yang kurang, Microsoft mahu menjadikan masa depan pengguna lebih selamat.

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...