Lindungi Akaun Apple Anda dengan Pengesahan Dua Faktor (Two-Factor Authentication)

201

Melindungi ID Apple anda daripada penyalahgunaan merupakan kewajipan anda. Untuk memastikan keselamatan akaun anda sentiasa terjamin, anda perlu menambah dua faktor pengesahan (Two-Factor Authentication).

Apakah Two-Factor Authentication?

Two-Factor Authentication (2FA) adalah perlindungan kedua yang membolehkan anda menambah lebih daripada satu akaun dan servis. Dengan itu, apabila anda mengakses akaun anda pada peranti baru untuk kali pertama, anda perlu memasukkan kata laluan seperti biasa.

Sistem Two-Factor Authentication akan memberikan kod pada peranti yang dipercayai (seperti telefon anda). Memasukkan kod ini pada peranti lain akan membolehkan anda log masuk.

Bagaimana Two-Factor Authentication Apple Bekerja?

Two-Factor Authentication Apple berfungsi sama seperti kaedah 2FA yang lain.

Sekiranya anda mengaktifkannya, setiap kali anda log masuk ke peranti baru dengan ID Apple anda, peranti yang dipercayai akan memaparkan mesej seperti:

Sumber: MUO

Jika anda tekan Allow, kod pengesahan akan muncul pada peranti yang dipercayai.

Sumber: MUO

Seterusnya, masukkan kod dan log masuk dari peranti baru.

Aktifkan Two-Factor Authentication Apple (iPhone)

Anda hanya boleh aktikan Two-Factor Authentication menggunakan peranti iOS seperti iPhone atau iPad, atau pada Mac.

iPhone:

  1.  Buka Settings > [Your Name] > Password & Security
  2. Tekan Continue, masukkan nombor telefon dan cara pengesahan (melalui mesej atau panggilan telefon).
  3. Setelah anda membuat pengesahan, aktifkannya dalam tetapan Password & Security
Sumber: MUO

Aktifkan Two-Factor Authentication Apple (Mac)

Mac:

  • Buka System Preferences dan tekan iCloud > Account Details.
Sumber: MUO
  • Pilih Turn On Two-Factor Authentication.
Sumber: MUO
  • Pada skrin seterusnya, tekan Continue. Masukkan nombor telefon anda dan tekan Continue.
  • Apabila two-factor authentication telah disetkan dalam Mac anda, ia akan berwarna hijau.
Sumber: MUO

Matikan Two-Factor Authentication Apple

Anda hanya boleh mematikannya di AppleID.apple.com.

Read More  Bagaimana Hendak Menggunakan Gmail Di Luar Talian?

Terdapat dua cara untuk melakukan ini:

1. Jika anda boleh mengakses akaun Apple ID anda
Sumber: MUO
  • Tekan Turn Off Two-Factor Authentication.
  • Pilih dan jawab beberapa soalan keselamatan.
  • Sahkan tarikh lahir dan alamat emel. Tekan Continue.
Sumber: MUO
2. Jika anda tidak boleh mengakses akaun Apple ID anda
  • Pada skrin log masuk Apple ID, tekan Forgot Apple ID or password.
  • Masukkan Apple ID anda (jika tidak ingat, tekan look it up) dan tekan Continue.
Sumber: MUO
  • Tekan Don’t recognize this number dan Turn Off. Tekan Continue.
Sumber: MUO
  • Sahkan tarikh lahir anda. Jawab soalan keselamatan yang telah anda setkan.
  • Seterusnya, anda perlu mencipta kata laluan Apple ID yang baru.

Jika Tidak Menerima Kod Two-Factor Authentication 

Sekiranya anda tidak menerima kod pengesahan two-factor authentication, anda perlu menggunakan kaedah lain untuk akses ke akaun anda.

Langkahnya:

  • Tekan Didn’t get a verification code. Pilih Need Help.
Sumber: MUO
  • Tekan start account recovery untuk melihat tiga pilihan pengesahan yang tersedia. Anda boleh pilih dua pilihan yang pertama dengan peranti dipercayai anda.
Sumber: MUO
  • Jika peranti anda di luar talian, anda masih boleh menghasilkan kod pengesahan dari tetapan Password & Security.
Sumber: MUO

Jika anda tidak boleh menggunakan kaedah ini untuk mengakses akaun anda, anda perlu memulihkannya melalui Apple menggunakan pilihan terakhir pada skrin pemulihan.

Apabila anda meminta untuk memulihkan akaun anda melalui Apple, anda perlu menunggu dalam jangka masa yang agak lama untuk mengemas kini nombor telefon anda.

Two-Factor Authentication Apple Baik untuk Pengguna

Two-factor authentication Apple berfungsi sangat baik untuk penggunanya. Jika anda menggunakan two-factor authentication, pastikan anda mengambil beberapa langkah keselamatan untuk memastikan bahawa anda tidak kehilangan akses akaun anda.

Read More  Inilah Senarai Storan Awan (Cloud Storage) Yang Percuma!

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...