Langkah Mendapatkan Mod Potret untuk Android

184

Teknologi kamera dua hala (dual camera) dalam telefon pintar telah menimbulkan populariti mod potret dan imej latar belakang yang kabur. Bagaimana untuk mendapatkan mod potret pada telefon yang tidak tersedia.

Apakah Mod Potret?

Mod potret adalah imej dengan kesan bokeh: fokus pada subjek dengan latar belakang kabur atau tidak fokus. Inovasi dalam teknologi kamera telefon pintar bermaksud peranti telah mencapai kesan yang sama kepada kamera DSLR.

Mod potret telah dikenali dengan nama berbeza sejak ia diperkenalkan.

  • Apple iPhone X, kesannya dinamakan Mod Potret.
  • Peranti dwi-kamera Samsung, ia dinamakan Live Focus.
  • Telefon pintar Samsung yang lebih lama seperti Galaxy S6 dan S7, dikenali sebagai Focus Selective, yang mencapai kesan yang sama tetapi dengan ketepatan yang kurang dan kurang kualiti.
  • Huawei mempunyai dua mod kesan bokeh pada model P20 dan P20 Pro. Aperture adalah mod bokeh umum untuk mengambil gambar dengan latar belakang yang kabur, sementara Potret adalah mod yang merangkumi pencahayaan, kecantikan, dan penapis bokeh.

Mod potret telah menjadi semakin popular disebabkan oleh trend dual camera.

Langkah Dapatkan Mod Potret pada Android

Untuk mendapatkan mod Potret pada peranti Android, anda boleh menggunakan fungsi pada aplikasi kamera telefon atau memuat turun aplikasi berasingan yang menggunakan perisian untuk dapatkan kesan bokeh.

Langkah dapatkan kesan melalui peranti Android:

1. Samsung Galaxy Note 8 & S9+: Live Focus

Tujuan utama Live Focus ialah untuk menyesuaikan kesan kabur pada latar belakang.

Langkah menggunakan Live Focus:

  • Buka aplikasi kamera
  • Pilih Live Focus pada skrin
  • Laraskan tahap kesan kabur
  • Ambil gambar

Untuk melaraskan kesan kabur selepas mengambil gambar, pilih gambar di galeri dan pilih untuk menyesuaikan kabur pada latar belakang.

Read More  LinkedIn Akan Menambahkan Iklan Autoplay Untuk Rangkaian Profesional Anda!
2. Samsung Galaxy S9: Selfie Focus

Mod Selfie Focus bergantung kepada perisian, bukan dual-kanta, ia boleh didapati dalam Galaxy S9 dan Galaxy S9 +. Ia secara automatik menyesuaikan white balance untuk nada kulit anda. Ia memberi kesan bokeh yang sama untuk subjek dan latar belakang.

Langkah menggunakan Selfie Focus:

  • Buka aplikasi kamera, gunakan kamera hadapan
  • Pilih Selfie Focus
  • Ambil gambar
3. Google Pixel 2 & Pixel 2 XL

Telefon pintar Google Pixel 2 adalah contoh utama bagaimana perisian boleh membuat kesan kamera berganda. Pixel 2 dan Pixel 2 XL mempunyai mod Potret built-in.

Untuk akses mod potret dalam Telefon pintar Google Pixel 2:

  • Buka kamera
  • Pilih Menu
  • Pilih Potrait
  • Ambil gambar
  • Pilih gambar yang anda mahu
  • Google akan secara automatik memberikan kesan kabur untuk latar belakang
4. Peranti Android lain

Proses untuk mengakses mod yang berbeza pada peranti Android:

  • Buka aplikasi kamera
  • Pilih mod yang berkaitan
  • Ambil gambar

Jika anda tidak pasti, anda boleh memilih maklumat atau pilih ikon help dalam aplikasi untuk mengetahui lebih lanjut.

Aplikasi Mod Potret untuk Android

Jika anda tidak mempunyai dwi-kamera atau fokus terpilih pada peranti Android anda, terdapat pelbagai aplikasi yang tersedia di Google Play Store yang boleh anda muat turun. Aplikasi ini menggunakan perisian untuk memberi kesan bokeh.

1. AfterFocus: Kesan kabur untuk latar belakang
Sumber: MUO

AfterFocus adalah aplikasi yang menggabungkan fungsi manual dan automatik untuk mewujudkan kesan mod potret. Terdapat tiga jarak fokus iaitu subjek (fokus), latar belakang dekat, dan latar belakang yang jauh. Filter dan tool lain juga tersedia untuk mengedit dan menukar imej.

Muat turun: AfterFocus (Percuma)

2. LightX: Aplikasi penyuntingan (editing) penuh dengan kesan kabur
Sumber: MUO

LightX mempunyai beberapa ciri editing, termasuk mod potret dan fungsi kabur latar belakang. Aplikasi ini mempunyai lebih banyak fungsi editing daripada AfterFocus, termasuk filter, pelarasan umum, dan alat lukisan.

Read More  Gunakan Laman Ini Untuk Membandingkan Google Fonts Yang Ingin Digunakan

Muat turun: LightX (Percuma & berbayar)

3. AirBrush: Mod potret langsung & editing
Sumber: MUO

Jika anda mencari aplikasi yang berfungsi seperti aplikasi kamera, maka AirBrush adalah pilihan yang terbaik dengan fungsi mod potret. Aplikasi ini memberikan kesan semasa anda mengambil gambar. AirBrush memberikan ciri kecantikan, filter warna, dan beberapa ciri editing mudah lain.

Muat turun: AirBrush (Percuma)

Banyak Pilihan Mod Potret untuk Android

Mod potret adalah cara yang menyeronokkan untuk menambah kesan kepada gambar dalam telefon pintar anda.

Terima kasih.

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...