Bagaimana Untuk Menukarkan Fail PDF Ke Bentuk Fail PowerPoint Presentations?

184

kredit: lifewire.com

Dengan menambah PDF ke PowerPoint Slideshow dapat  membantu anda mempelbagaikan cara anda mempersembahkan projek anda kepada pelanggan. Terdapat beberapa kaedah yang dapat dilakukan untuk menukar fail PDF ke bentuk fail PowerPoint Slides. Dengan ini dapat memudahkan kita untuk menggunakan fail  PDF ke pelbagai jenis versi PowerPoint. Terdapat juga beberapa pilihan untuk menukar PowerPoint ke laptop jenis Mac.

Memasukkan Fail PDF ke Objek di PowerPoint Slide

kredit: lifewire.com

Sebelum anda mula, pastikan anda tidak membuka fail PDF di dalam komputer anda.

  1. Buka PowerPoint slide yang anda ingin tukarkan ke bentuk fail PDF.
  2. Pergi ke butang Insert atau Menu dan Pilih Objek.
  3. PIlih Reka Fail dan Klik Butang Browse.
  4. Pergi ke Fail PDF yang anda mahu kemudian pilih dan tekan butang OK.
  5. Klin OK dan masukkan objek di dalam dialog kotak.

Muka surat pertama PDF biasanya akan memaparkan imej tersebut dan fail PDF tersebut akan menjaid sebahagian daripada bentuk Fail PowerPoint. Anda boleh membuka imej tersebut dengan menekan sebanyak dua kali untuk melihat imej tersebut dan melihatnya secara normal.

Membuka Fail PDF Semasa SlideShow Ditayangkan

kredit: lifewire.com

Jika anda ingin membuka fail PDF semasa sedang menayangkan SlideShow, anda perlu ikuti langkah di bawah:

  1. Buka SlideShow dengan Fail PDF Yang telah dimasukkan Imej Biasa.
  2. Klik Imej atau Ikon untuk Fail PDF yang hendak dipilih.
  3. Pergi ke butang Insert atau Menu dan pilih Action.
  4. Pilih jenis Klik Tetikus jikan anda membuka fail PDF anda dengan cara klik. Pilih Tab Tetikus jika anda ingin membuka Fail PDF semasa menayangkan PowerPoint Slide anda.
  5. Pilih Object Action dan klik Buka.
Read More  Lindungi Mata Anda Dari Cahaya Telefon Bimbit Yang Membahayakan Dengan Blue Light Filter

Memasukkan PDF ke PowerPoint Sebagai Imej

kredit: lifewire.com

Jika anda ingin melihat salah satu kandungan fail PDf, anda boleh menambah PowerPoint slide sebagai salah satu imej. Ciri ini hanya terdapat dalam PowerPoint 2013 dan 2016.

  1. Buka Fail PDF.
  2. Buka PowerPoint dan pergi ke slide yang anda ingin masukkan fail PDF sebagai imej.
  3. Pergi ke Butang Insert dan Pilih Screenshot. Setiap Windows yang anda ingin paparkan akan muncul dan termasuk fail PDF yang anda buka.
  4. Klik fail PDF mengikut Windows yang anda tambah sebagai Imej di slide.

Memasukkan Perkataan Atau Grafik Daripada Fail PDF Ke PowerPoint

Terdapat satu lagi cara untuk menambah spesifik tertentu untuk menukar Fail PDF ke PowerPoint dengan menggunakan Adobe Acrobat Reader. Langkah ini hanya boleh digunakan dalam versi PowerPoint 2010,2007 dan 2003 dengan menggunakan Adobe Reader versi yang ke 7.

Memasukkan perkataan dalam fail PDF:

  1. Buka Fail PDF dalam Adobe Reader.
  2. Pergi kepada Tools di butang Menu, pilih Basic dan klik Select.
  3. Pilih perkataan anda ingin masukkan.
  4. Pergi ke Edit Menu dan klik Copy.
  5. Buka PowerPoint dan klik slide yang anda ingin masukkan perkataan dalam fail PDF.
  6. Klik  Paste di butang Home menu atau tekan Ctrl-V.

Memasukkan grafik dalam fail PDF:

  1. Buka Fail PDF dalam Adobe Reader.
  2. Pergi kepada Tools di butang Menu, pilih Basic dan klik Snapshot Tool.
  3. Pergi ke Butang Tetikus dan pilih Grafik yang anda ingin masukkan dalam PowerPoint. Anda juga akan dapat melihat satu mesej yang memberitahu anda yang pilihan anda telah dimasukkan dalam clipboard anda.
  4.  Buka PowerPoint dan klik slide yang anda ingin masukkan grafik dalam fail PDF.
  5. Tekan Butang Paste di butang Menu atau  tekan Ctrl-V.
Read More  Bagaimana Hendak Menghentikan Laman Web Dari Meminta Kebenaran Untuk Menunjukkan Notifikasi?

Mengimport Fail PDF Di PowerPoint Ke Mac

Anda boleh memasukkan perkataan dan grafik ke daripada fail PDF ke Mac dengan mengikuti langkah dibawah:

  1. Pastikan Fail PDF yang anda ingin gunakan disimpan sama dengan lokasi slide anda.
  2. Pergi ke slide yang anda inginkan  dan tambah pautan PDF.
  3. Pilih perkataan, imej atau bentuk yang anda ingin tambah dalam fail PDF anda.
  4. Klik Insert, tekan Hyperlink dan pilih Web Page atau Fail.
  5. Klik Browse dan pergi ke lokasi fail PDF yang anda pilih dan klik Ok.

Anda juga boleh membuka hyperlink semasa memaparkan fail PDF anda.

Mengimport Fail PDF Anda Ke Jenis Web PowerPoint (Office 365)

Anda juga boleh memasukkan atau mengubah fail PDF ke PowerPoint dan sebaliknya akan dipaparkan mengikut versi PowerPoint yang anda pilih.

Kesimpulannya dengan langkah-langkah  diatas kini kita tidak akan berdepan masalah lagi untuk menukar fail PDF ke PowerPoint. Selamat mencuba.

Sumber: lifewire.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...