Google Assistant Dapat Membantu dalam Merancang Hari Anda
Google Assistant adalah pembantu maya (virtual helper), dan jawapan Google untuk Alexa Amazon dan Siri Apple. Assistant adalah satu langkah dari Google Now, dan ia telah berkembang sejak ia dilancarkan pada Mei 2016. Antara ciri terbaharu Google:
Menyimpan Maklumat Anda
Google Assistant adalah mengenai maklumat seperti Assistant menjawab soalan, mengemas kini tentang lalu lintas dan menyimpan tab janji temu anda. Visual Snapshot telah menyusun semua maklumat ini ke dalam satu tab supaya mudah dibaca.
Untuk Android, tekan ikon baru di bahagian atas, sudut kanan skrin. Untuk iOS, Visual Snapshot akan muncul sebaik sahaja anda membuka Google Assistant.
Visual Snapshot akan memberikan anggaran waktu perjalanan, agenda sepanjang hari, peringatan temu janji, tempahan restoran, bil yang perlu dibayar dan lain-lain.
Bantu Uruskan Jadual Anda
Visual Snapshot telah dilancarkan ke Google Assistant di Android dan iOS. Walaupun ia boleh didapati dengan mudah, tetapi anda hanya dapat memanfaatkan sepenuhnya Visual Snapshot jika anda sudah menggunakan aplikasi Google untuk menguruskan jadual anda yang sibuk.
Terdapat banyak lagi kelebihan Google Assistant sekiranya anda menjadikannya sebagai aplikasi kegemaran anda dan menggunakannya secara berterusan.
Terima kasih.
Sumber: MakeUseOf
Komen