3 Laman Web Terbaik untuk Mendapatkan Sari Kata (Subtitle) Filem dan TV Series

383

Sarikata (subtitle) sangat baik untuk menekankan dialog, terutamanya semasa bunyi kuat yang boleh menenggelamkan apa yang dikatakan oleh watak. Subtitle meningkatkan pengalaman untuk tontonan. Masalahnya ialah di mana anda boleh mendapatkan subtitle ini? Oleh itu, kami senaraikan tiga (3) laman web terbaik untuk mendapatkan subtitle.

Subscene

Sumber: MUO

Subscene adalah sumber subtitle pilihan ramai kerana ia pantas, komprehensif, dan sentiasa dikemas kini. Semua subtitle dicipta dan dimuat naik oleh pengguna. Subscene mempunyai interface yang ringkas dan mudah digunakan. Kebanyakan subtitle boleh didapati dalam format SRT.

SubtitleSeeker

Sumber: MUO

SubtitleSeeker adalah enjin metasearch untuk subtitle. Ia mengesan pangkalan data (database) subtitle dan juga menggabungkan hasil lebih daripada 20 sumber subtitle yang berlainan. Interface SubtitleSeeker lebih mudah digunakan jika dibandingkan dengan Subscene.

Open Subtitles

Sumber: MUO

Open Subtitles adalah pilihan kebanyakan orang untuk mendapatkan subtitle. Kekurangan laman web ini ialah interface agak berantakan dan sukar untuk difahami.

Mengapa Open Subtitles menjadi pilihan ramai? Kerana ia merupakan database subtitle terbesar dengan sokongan berpuluh-puluh bahasa.

Langkah Memuat Subtitle untuk Filem & TV Show

Kebanyakan pemain media (media player) percuma akan mengesan dan memuatkan fail subtitle secara automatik selagi tajuknya betul.

Apakah yang dimaksudkan dengan “tajuk yang betul”?

Anda perlu salin nama fail filem atau video TV dan tampal sebagai nama fail subtitle. Anda juga perlu memastikan kedua-dua fail berada dalam lokasi yang sama.

Jika ia tidak dapat dilakukan secara automatik, anda perlu memuatkan fail subtitle secara manual dan menukar dalam media player anda.

Memuat Secara Manual

Sumber: MUO

**Tutorial menggunakan VLC

Untuk memuat fail subtitle secara manual:

  1. Buka fail video di VLC.
  2. Di bawah menu Subtitles, tekan Add Subtitle File.
  3. Pergi ke fail subtitle, pilih, dan tekan Open.
Read More  Bagaimana Ingin Memulakan Bisnes TANPA PERLU BERHENTI KERJA?

Untuk subtitle yang berbeza dari trek subtitle terbina dalam beberapa fail video:

  1. Buka fail video di VLC.
  2. Di bawah menu Subtitles, pergi ke Subtitle Track > Track #.

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...