Servis Web Hosting Terbaik

509

Anda sedang mencari perkhidmatan web hosting terbaik? Mencari servis web hosting terbaik tidak semudah mencari di Google dan terus ke tawaran harga terendah. Terdapat banyak isu yang harus dipertimbangkan termasuk sebab-sebab anda memerlukan hosting dan bagaimana anda ingin menggunakannya.

Apakah Keperluan Anda?

Sebelum memilih web hosting, anda perlu mengetahui keperluan anda. Antaranya:

  • Kelajuan (Speed): Tahap responsif laman web anda.
  • Bandwidth: Jumlah data yang akan dipindahkan setiap bulan. Bergantung kepada bilangan pengunjung laman web anda.
  • Ruang Simpanan (Storage Space): Jumlah keseluruhan halaman dalam website anda dan jumlah elemen lain seperti imej, video, dokumen dan lain-lain.
  • Sokongan Teknikal (Technical Support): Sokongan yang anda perlukan untuk laman web anda.

Sebaik sahaja anda mempunyai gambaran yang jelas tentang keperluan anda, anda kini boleh mengenalpasti perkhidmatan web hosting yang terbaik untuk anda.

Servis Shared Web Hosting Terbaik

Apabila beberapa laman web dihoskan pada satu sever fizikal, ia dipanggil shared web hosting. Plan ini sesuai untuk blog peribadi atau laman web yang kecil.

InMotion Hosting

Sumber: inmotionhosting

Untuk pelan Launch terdapat diskaun istimewa hanya $ 3.99 (RM 16.21). Seterusnya, pelan Power $ 5.99 (RM 24.33). Ia membolehkan sehingga 6 laman web pada satu akaun, ruang cakera tanpa had, dan sehingga 100 subdomain. Pelan Pro pada harga $ 13.99 (RM 56.83). Ia menawarkan pangkalan data (database) MySQL tanpa had dan laman web yang tidak terhad pada satu pelayan.

Bluehost

Sumber: bluehost.com

Pelan Basic dengan harga $ 2.95 (RM 11.98) memberi anda simpanan 50GB untuk laman web anda, 5 akaun e-mel dengan simpanan 100MB setiap satu, dan sehingga 25 subdomain. Pelan Plus berharga $ 5.45 (RM 22.14) menawarkan laman web tanpa had, simpanan tanpa meter, akaun e-mel tanpa had, dan domain tanpa had. Bluehost juga menawarkan cPanel untuk pengurusan dan sokongan e-dagang.

Read More  10 Shortcut Keyboard Untuk Windows 10

Media Temple

Sumber: mediatemple.net

Media Temple menawarkan perkhidmatan trafik yang sangat pantas. Perkhidmatan ini mempunyai panel sendiri (bukan cPanel). Ia sesuai untuk pengguna yang baru dalam web hosting, mudah difahami dan mudah digunakan.

Bermula dengan pelan Personal $ 20 (RM 81.25), anda akan mendapat 20GB penyimpanan SSD, lebar jalur 1TB, sehingga 100 laman web dan dilengkapi dengan perisian yang diperlukan.

SiteGround

Sumber: siteground.com

SiteGround adalah pilihan tepat jika anda tidak mempunyai banyak pengalaman web hosting.  Pelan StartUp berharga $ 3.95 (RM 16.05) dengan simpanan 10GB dan jalur lebar untuk mengendalikan sehingga 10,000 pelawat sebulan, mendapat nama domain percuma, e-mel tanpa had, akses cPanel dan SSH, dan juga sokongan CloudFlare.

Jika anda mempunyai sekitar 25,000 pelawat sebulan, anda boleh mendapatkan pelan GrowBig yang bermula pada $ 5.95 (RM 24.17) dengan simpanan 20GB, satu tahun percuma sijil SSL, kelajuan yang lebih baik dengan SuperCacher dan sokongan teknikal.

Untuk lebih 100,000 kunjungan sebulan, pelan GoGeek tersedia dengan $ 11.95 (RM 48.55) bersama simpanan 30GB, ditambah dengan “ciri canggih geeky”.

Namecheap

Sumber: namecheap.com

Namecheap adalah salah satu pilihan terbaik untuk yang baru memiliki web hosting.

Pelan Stellar bermula pada harga $ 2.88 (RM 11.70), anda mendapat 20GB penyimpanan HDD, jalur lebar tanpa had, sehingga 3 domain dan 50 subdomain, cPanel untuk pengurusan, 50 akaun e-mel, sokongan untuk CloudFlare, dan semua jenis perisian tambahan lain.

Pelan Stellar Plus berharga $ 4.88 (RM 19.82) dengan storan HDD tanpa meter dan laman web yang tidak terhad. Pelan Stellar Business dengan harga $ 8.88 (RM 36.07) termasuk 50GB storan SSD.

Virtual Private Server (VPS) Hosting Terbaik

Apabila laman anda mempunyai jumlah trafik yang tinggi iaitu jumlah pengunjung yang banyak, anda disarankan bertukar dari Shared Hosting ke Virtual Private Server.

Dengan VPS, anda akan mendapat pelayan maya (virtual server) untuk diri sendiri. Ia tidak dikongsi dengan pelanggan lain supaya anda mendapat akses penuh semua CPU dan RAM yang diberikan kepada anda dan dapat mengawal sepenuhnya server dan mulakan semula server apabila diperlukan.

Read More  Kenapa AR (Augmented Reality) dan VR (Virtual Reality) Akan Menjadi Sesuatu Yang Penting Untuk Bisnes Anda?

InMotion Hosting

Sumber: inmotionhosting.com

Pelan VPS-1000HA-S pada harga $ 27.99 (RM 113.71) menawarkan ruang penyimpanan 75GB, 4GB RAM, dan 4TB jalur lebar. Pelan VPS-2000HA-S menawarkan 150GB ruang storan, 6GB RAM, dan 5TB jalur lebar dengan harga $ 47.39 (RM 192.52). Pelan VPS-3000HA-S memberikan ruang penyimpanan 260GB, 8GB RAM, dan 6TB jalur lebar untuk $ 69.34 (RM 281.69).

Media Temple

Sumber: mediatemple.net

Media Temple menawarkan kepada pengguna pilihan dengan VPS yang tidak dikendalikan berasaskan Linux  untuk $ 30 (RM 121.87) atau dengan kendali VPS dari $ 55 (RM 223.43) hingga $ 1,500 (RM 6093.60).

DigitalOcean

Sumber: digitalocean.com

DigitalOcean adalah VPS hosting yang tidak dikendalikan terbaik untuk yang masih baharu kerana terdapat sokongan yang sangat baik, pengetahuan besar artikel berguna, dan model pay-as-you-use yang sangat berpatutan. Ia juga dilengkapi dengan banyak aplikasi termasuk LAMP, WordPress, Drupal, Joomla, dan MediaWiki.

Pelan paling murah dengan hanya $ 5 (RM 20.31) dengan 25GB storan, 1GB RAM, dan 1TB jalur lebar.

Linode

Sumber: linode.com

Linode adalah penyelesaian hosting berasaskan awan (cloud-based hosting) yang bukan sahaja membolehkan anda menggunakan Linux VPS yang disesuaikan dalam masa kurang dari satu minit, tetapi juga membolehkan kedudukan anda secara geografi di mana saja di dunia.

Pelan bermula dari $ 5 (RM 20.31) dengan 25GB penyimpanan, 1GB RAM, dan 1TB jalur lebar.

Dedicated Server Hosting Terbaik

Jumlah trafik laman anda terlalu tinggi, tidak cukup dengan hanya VPS hosting? Ini bermakna anda telah melampaui tahap VPS web hosting dan sudah tiba masanya untuk bertukar ke Dedicated Server Hosting.

Apakah Dedicated Server Hosting? Laman web anda dihoskan pada server peribadi yang didedikasikan sepenuhnya ke laman web anda. Tiada laman web lain yang berkongsi mesin anda, tidak seperti mesin maya (virtual machine). Anda akan mendapat kesemua CPU, RAM, dan sumber sistem.

Read More  7 Ciri Keselamatan Yang Ada Pada Windows 10 Ini Dapat Mencegah Serangan Cyber Terhadap Perniagaan Anda!

InMotion Hosting

Sumber: inmotionhosting.com

Pelan Essential menawarkan penyimpanan 500GB SSD (1TB HDD), 8GB RAM, dan 6TB jalur lebar pada harga $ 105.69 (RM 429.36) . Pelan Advanced dengan penyimpanan 500GB SSD (2TB HDD), 16GB RAM, dan 10TB jalur lebar bermula pada $ 166.59 (RM 676.76).

Media Temple

Sumber: mediatemple.net

Sama seperti shared hosting dan VPS hosting, Media Temple menawarkan beberapa pilihan dedicated server pada harga yang berpatutan. Kesemuanya didatangkan dengan 1TB penyimpanan SSD, 128GB RAM, dan 10TB jalur lebar.

SingleHop

Sumber: singlehop.com

Jika anda memerlukan fleksibiliti, SingleHop adalah perkhidmatan hosting yang sesuai untuk anda.

Pelan Dedicated server SingleHop bermula pada $ 179 (RM 727.17) untuk 2x240GB penyimpanan SSD, 8GB RAM, dan 10TB jalur lebar.

SingleHop juga menawarkan sokongan teknikal 24 jam, pasukan akaun berdedikasi anda sendiri, dan masa penggantian peranti selama 90 minit.

Pilih Servis Hosting yang Betul

Web hosting yang disenaraikan diharap dapat memberikan anda permulaan ke arah membeli perkhidmatan hosting terbaik supaya dapat memastikan laman web anda berfungsi dengan baik untuk semua pelawat di laman web anda.

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...