Cara Cara Penggodam Mengunakan Facebook Untuk Mencuri Data Anda

428

 

J

kredit: unsplash.com

Jika anda hanya fikirkan privasi anda sahaja berisiko semasa menggunakan sosial media seperti Facebook, kini itu bukan hanya perkara yang anda patut fikirkan. Hal ini kerana terdapat satu cara dari Facebook yang membolehkan data anda digodam. Malah Facebook juga menjadi salah satu alat yang digunakan penggodam untuk mencuri data pelbagai individu.  Bagaimanakah perkara seperti ini boleh terjadi dan apakah kita berdepan dengan risiko kecurian data?

#1 Social Engineering Hacks

kredit: makeuse.com

Social Engineering Hacks ialah sejenis cara penggodam yang menggunakan kaedah email phishing dan target mereka ialah untuk mendapatkan maklumat pengguna facebook dengan menghantar virus malware. Para penggodam mengunakan kaedah ini untuk memanipulasi pengguna facebook untuk mengetahui  maklumat peribadi dengan menggunakan sosial media dan teknik psikologi. Jenis keadah ini juga dipanggil “spear phishing” dan terbukti berjaya apabila kebanyakan pengguna terpedaya dengan kaedah menggodam data seperti ini.

Tertanya bagaimana penggodam mencuri data anda dengan mudah? Mereka boleh mendapati maklumat tentang anda hanya melihat profil Facebook walaupun anda telah menggunakan perlindungan privasi daripada maklumat anda dipamerkan kepada umum. Cara baik untuk mengelakkan data anda digodam ialah dengan tidak menerima permintaan rakan yang anda tidak kenali daripada orang asing. Anda juga perlu meletakkan ketetapan maklumat peribadi hanya boleh dilihat oleh teman rapat sahaja.

 

#2 Pautan Facebook Messenger

kredit: makeuse.com

Peraturan umum penggunaan internet ialah jika kenalan menghantar pautan URL dengan sedikit kandungan atau penjelasan, jangan terburu -buru untuk membuka pautan itu. Hal ini kerana ia mungkin mengandungi pautan link yang membolehkan aplikasi Facebook Messenger dan penyebaran virus. Setakat May 2018, penggodam dapat menggunakan platform ini untuk menggodam pelbagai data dengan mudah.

Read More  Berniaga Secara Sistematik (Bahagian 1)

Oleh itu, jika kawan anda menghantar pautan laman web dan menyuruh anda melihat mesej itu, mungkin anda perlu bertanya apa yang terkandung dalam mesej itu. Ini kerana berkemungkinan pautan itu mengandungi automatik malware bots yang terdapat dalam satu perbualan. Anda juga perlu memastikan anda dilindungi dengan perisian antivirus yang terdapat fungsi penyebaran malware.

#3 Aplikasi Dan Kuiz

kredit: unsplash.com

Umum mengetahui  terdapat pelbagai jenis aplikasi dan kuiz yang menyuruh anda membenarkan mereka mengakses maklumat peribadi anda sebelum memuat naik sebuah aplikasi atau menjawab kuiz dari laman media sosial Facebook. Cara ini ialah satu teknik penggodam untuk mencuri data peribadi  apabila mendapat kebenaran untuk mengakses profil anda.

Walaupun Facebook telah berusaha untuk menghapuskan penggodam seperti ini tetapi teknik seperti masih wujud sehingga kini. Di samping itu, kuiz seperti ini juga membolehkan  virus malware memasuki sistem komputer anda.

 #4 Perkongsian Jejak Masa Mesej

kredit: unsplash.com

Ini merupakan satu bentuk iklan yang akan dapat dilihat paparan skrin facebook apabila dibuka di laman web atau profil pengguna. Mesej iklan seperti selalu akan membawa anda kepada malware atau alamat penggodam. Para penggodam juga meletakkan post ini menggunakan alatan iklan di Facebook dan meyebarkan di Facebook untuk mendapat klik suka atau berkongsi mesej khususnya laman web yang memberikan ganjaran dalam bentuk hadiah atau wang tunai.

Penipuan data seperti ini telah berlaku oleh seorang pemberita dan usahawan terkenal bernama Martin Lewis yang menyaman Facebook apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama beliau untuk menipu para pengguna Facebook dengan menjanjikan pelbagai imbuhan yang menarik.

Bagaimana Untuk Melindungi Facebook Anda Dari Malware Dan Virus?

Mungkin anda Facebook anda telah dilindungi tetapi jangan terburu-buru kerana mungkin anda bakal menjadi mangsa daripada penggodam Internet yang mencuri data peribadi melalui Facebook. Berikut merupakan langkah-langkah boleh diikuti untuk melindungi Facebook anda dari malware dan virus:

  • Berhati-hati dengan aplikasi yang meragukan di Facebook
  • Jangan terus klik pautan yang mencurigakan
  • Jangan membenarkan permintaan rakan yang anda tidak kenali\
  • Membezakan antara yang baik dan buruk
  • Lindungi laman sosial media anda dengan tetapan privasi
  • Selalu mengemaskini aplikasi yang gunakan di Facebook
Read More  Internet Anda Lambat? Aplikasi Android Lite Ini Masih Berfungsi!

Sebagai penutup, para pengguna tegar Facebook hendaklah berhati-hati ketika menggunakan laman media sosial dan perlulah berhati-hati daripada menjadi mangsa si penggodam.

Sumber: makeuse.com

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...