Bagaimana untuk Hentikan Video Auto-play dalam Chrome
Pernahkah anda membuka Chrome dan video dimainkan secara automatik? Ketahui langkah untuk anda menghentikan video-video ini daripada auto-play. Anda boleh mematikan video auto-play dalam tetapan penyemak imbas Chrome.
Bagaimana untuk Hentikan Video Auto-play dalam Chrome

Jika anda menggunakan Chrome pada Windows, macOS, Linux atau OS Chrome, anda perlu mengakses tetapan ini melalui tweak tersembunyi Chrome flag.
Langkahnya:
- Simpan semua maklumat yang anda perlukan kerana anda perlu restart Chrome selepas ini.
- Buka tab baru dalam Chrome.
- Taip dalam bold dan tekan Enter: chrome: // flags / # autoplay-policy
- Di sebelah “Autoplay Policy”, butang akan ditetapkan ke Default. Tekan butang itu dan pilih Document user activation is required.
- Bar pop-up di bahagian bawah muncul “Your changes will take effect the next time you restart your device” , tekan butang Relaunch Now.
- Chrome akan restart, dan video tidak akan dimainkan lagi!
Bagaimana untuk Hentikan Video Auto-play Chrome dalam Telefon

Untuk Chrome dalam Android, anda tidak perlu ke Chrome flag untuk menukar pilihan ini, ia boleh didapati melalui tetapan.
- Tekan ikon Menu.
- Pergi ke Settings > Site Settings > Media > Autoplay.
- Matikan ciri ini.
Gunakan Data Saver Chrome

Google Chrome Data Saver berfungsi secara automatik untuk menghentikan video auto-play ini.
Desktop: Data Saver tidak tersedia dalam desktop Chrome, jadi anda perlu memasangnya sebagai extension, dan kemudian aktifkannya.
- Muat turun Data Saver.
- Aktifkan Data Saver.
Android: Data Saver telah tersedia untuk Chrome pada Android. Untuk aktifkan, pergi ke Menu > Settings > Data Saver dan aktifkan.
Bagaimana untuk Hentikan Flash dalam Chrome

Langkahnya:
- Pergi ke Settings > Advanced > Privacy and Security > Content Settings.
- Tekan Flash.
- Tukar dari Ask First (recommended) ke Blocked.
Flash tidak disokong oleh Android dan iOS. Oleh itu, anda hanya perlu melakukan langkah ini dalam desktop sahaja.
Akhirnya, Tiada Lagi Auto-play Video
Salah satu perkara yang sangat mengganggu dalam auto-play video ialah bunyinya. Anda perlu mengikut kaedah yang disenaraikan. Selamat mencuba.
Sumber: MakeuseOf
Komen