Tetikus: Perkara Anda Perlu Ketahui Sebelum Membeli Tetikus

451

Jika anda mahu menaik taraf komputer anda, adakah anda memikirkan tentang tetikus? Anda rasakan semua tikus adalah sama? Untuk pengetahuan anda, tetikus adalah salah satu perkakasan yang paling banyak digunakan dengan PC anda.

Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang perlu anda ketahui sebelum anda membeli tetikus baru.

Tetikus yang Memenuhi Keperluan anda

Sumber: Razer

Bagi kebanyakan pengguna, tetikus tiga butang standard (di mana roda skrol berfungsi sebagai butang ketiga) sudah memadai. Walau bagaimanapun, untuk melakukan tugas tertentu, pilihlah tetikus yang telah direka khas.

Tetikus Permainan

Sumber: Amazon

Tikus permainan terbaik adalah lebih ergonomik yang menjadikannya lebih selesa untuk sesi permainan yang lama. Ia akan mempunyai sensor yang berkualiti tinggi yang meningkatkan ketepatannya. Ia juga mempunyai butang yang boleh dikonfigurasikan.

Terdapat banyak tetikus permainan, termasuk UtechSmart Venus, mempunyai switch DPI yang boleh anda gunakan untuk beralih antara tetapan DPI yang lebih tinggi dan tetapan DPI yang lebih rendah.

Tetikus Perjalanan (Travel)

Jenis tetikus lain ialah tetikus travel. Kebanyakannya adalah tanpa wayar, walaupun ada yang menggunakan kabel pendek. Kepentingan memilih tetikus travel adalah keupayaan untuk muat di dalam ruang yang sempit.

Tetikus Ergonomik Baik untuk Kegunaan Berat

Sumber: Logitech

Tetikus ergonomik direka bentuk agar sesuai dengan tangan anda dengan cara yang lebih semula jadi, mengurangkan ketegangan pada jari dan pergelangan tangan anda.

Keselesaannya bergantung pada keadaan dan jenis cengkaman yang anda suka. Saiz juga merupakan faktor keselesaan.

Faktor keselesaan yang sering diabaikan adalah bunyi bising. Apabila anda banyak menggunakan tetikus, kebanyakan tetikus menghasilkan bunyi klik yang tidak henti-henti. Walaupun ia tidak mengganggu anda, ia mungkin mengganggu orang lain yang berdekatan. Dapatkan tetikus tanpa suara seperti Vic Tsing Silent Mouse.

Read More  Bagaimana Ingin Memindahkan Fail Dari Mac Ke Windows?

DPI Tinggi Tidak Semestinya Terbaik

Salah satu spesifikasi utama yang perlu anda tahu tentang tetikus adalah DPI, atau dots per inci. DPI menunjukkan betapa pantas penunjuk tetikus bergerak, tetapi lebih cepat tidak selalu lebih baik.

Cadangan kami:

  • Pengguna biasa tidak perlu bimbang tentang DPI sama sekali.
  • DPI tinggi bagus untuk paparan resolusi tinggi atau tetapan multi-monitor. Ia membolehkan anda melayari skrin dengan lebih cepat.
  • Untuk permainan, DPI tinggi membolehkan anda bertindak balas dengan lebih cepat. DPI yang lebih rendah memberi anda kawalan dan ketepatan yang lebih baik. Gamer memerlukan tetikus dengan tetapan DPI boleh laras.
  • Untuk Photoshop atau aplikasi lain yang memerlukan ketepatan tinggi, DPI yang lebih rendah adalah lebih baik.

Tetikus Optical VS Laser

Dua jenis tikus yang paling biasa adalah tikus optical dan laser, yang sebenarnya variasi pada teknologi yang sama. Perbezaan utama adalah tetikus optical menggunakan LED untuk mencerminkan permukaan bawah, manakala tetikus laser menggunakan laser untuk mengesan pergerakan.

Anda hanya boleh menggunakan tetikus optical pada permukaan rata dan kabur. Kebanyakan tikus laser berfungsi pada pelbagai permukaan yang lebih luas termasuk kaca.

Tetikus laser lebih sensitif. Ia boleh mencapai DPI yang lebih tinggi, ia dapat menjejaki pergerakan dengan lebih tepat dan juga melintasi skrin dengan lebih cepat.

Tetikus Tanpa Wayar Lebih Baik

Tetikus tanpa wayar lebih mendapat perhatian lebih oleh pengguna jika dibandingkan dengan tetikus berwayar. Jika anda memilih model yang betul, ia boleh digunakan dalam jangka masa yang sangat lama.

Kelebihan tetikus tanpa wayar adalah kemudahan (convenience). Tiada masalah tentang kabel dan jika anda menggunakan tetikus Bluetooth, ia tidak akan menggunakan port USB.

Read More  Bagaimana Menggunakan Pemacu USB Sebagai Pemain Muzik MP3?

Tetikus Tanpa Wayar Bluetooth Terbaik

Sumber: MUO

Apabila membeli tetikus tanpa wayar, pilihan anda adalah antara model frekuensi radio (RF) atau Bluetooth. Tetikus RF mungkin sedikit lebih responsif dan lebih mudah untuk dipasang.

Tetikus Bluetooth lebih mudah. Ia tidak akan menggunakan port USB dan jangka hayat bateri sangat lama. Ia juga lebih mudah untuk berkongsi satu tetikus dengan beberapa komputer. Anda hanya perlu menetapkan tetapan dalam komputer anda sebelum menggunakan tetikus Bluetooth.

Tetikus VS Trackpad?

Selain tetikus biasa, anda boleh menganggap trackpad sama seperti apa yang anda dapat bersama komputer riba. Ia tidak sesuai untuk tugas seperti permainan dan penyuntingan imej tetapi sesetengah pengguna mendapati sistem berasaskan sentuhan lebih baik. Secara ergonomik, reka bentuk yang datar mungkin tidak sesuai untuk semua orang.

Sumber: Amazon

Bentuk lengkuk ke dalam tetikus Microsoft’s Arc Mouse akan membuatkan anda lebih selesa.

Sumber: Amazon

Yang terbaik adalah tetikus dengan sokongan sentuhan, seperti Logitech Zone Touch Mouse atau Apple Magic Mouse 2. Ini adalah tetikus normal dengan panel sentuh sensitif di atas yang membolehkan anda menggunakan gerak isyarat yang disokong dalam aplikasi anda.

Bagaimana Memilih Tetikus: Kini anda Ketahui!

Apabila memilih tetikus, fikirkan tentang keperluan anda memilikinya. Pereka mungkin lebih suka keselesaan dan ketepatan tetikus dan pengguna umum mungkin mencari sokongan isyarat touchpad yang paling mudah digunakan.

Sumber: MakeUseOf

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...