Penambahan Lebih Banyak Emoji Dari Apple Sempena Hari Emoji Sedunia
kredit: Google Images
Pada tanggal 17 Julai pada setiap tahun merupakan Hari Emoji Sedunia, jadi syarikat Apple telah mengumumkan akan menambah lebih 70 emoji baharu yang bakal digunakan oleh pengguna tegar barangan Apple seperti pelbagai emoji haiwan dan ekspresi muka. Terdahulu, syarikat ini telah melancarkan beberapa penambahan emoji yang boleh dikemaskini di Unicode 11.0 seperti emoji dengan ekspresi berpesta, emoji kesejukan dan emoji kepanasan.
kredit: thevocket.com
Dengan penambahan emoji bakal disertakan dalam kemaskini iOS 12 yang dikatakan akan diguna pakai menjelang musim luruh nanti. Jadi makin menariklah perbualan dengan kemunculan pelbagai jenis emoji selepas ini.
kredit: thevocket.com
Sumber: thevocket.com
Komen