Microsoft Melancarkan Skype 8.0 untuk Desktop

375

Microsoft telah melancarkan versi baru Skype untuk desktop. Ia kelihatan sama dengan versi mudah alih Skype. Microsoft memaksa semua orang menaik taraf ke Skype 8.0 kerana semua versi terdahulu ditetapkan untuk berhenti berfungsi dalam beberapa minggu. Ia boleh didapati di platform lain, termasuk Windows, macOS, dan Linux.

Skype Versi 8.0

Versi baru Skype untuk desktop, Skype 8.0, direka untuk menggantikan Skype 7.0 (juga dikenali sebagai Skype Classic). Microsoft mengesyorkan penggunanya menaik taraf Skype kerana selepas 1 September 2018 hanya Skype 8.0 akan berfungsi.

Microsoft menyatakan ini kerana untuk memastikan pengguna merasai pengalaman Skype yang terbaik dan tiada masalah kualiti.

Skype 8.0 menawarkan video HD dan perkongsian panggilan skrin secara percuma, penambahan untuk pemesejan yang lebih produktif, galeri media bual untuk membantu anda mencari fail dalam perbualan dan pilihan untuk berkongsi imej, video, dan fail lain sehingga saiz 300MB. Microsoft akan kongsikan setiap pembaharuan melalui Blog Skype.

Alternatif Skype Percuma

Microsoft sentiasa berusaha memastikan pengguna Skype menikmati pengalaman yang sama di pelbagai platform. Skype 8.0 mempunyai penambahbaikkan terbaik berbanding versi sebelumnya.

Sumber: MakeUseOf

Read More  Apakah Notifikasi ‘Senyap’ Pada Android?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...