GOOGLE ASSISTANT! Pembantu Terbaik Semasa Memandu

Jangan Gunakan Telefon Semasa Memandu! Dapatkan Bantuan Google Assistant

252

Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan, kira-kira 14 peratus daripada kemalangan jalanraya disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit semasa memandu.

Google Assistant dapat membantu pemandu kenderaan dalam usaha untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalanraya. Ketahui bagaimana Google Assistant dapat membantu anda menangani masalah ini dengan telefon anda semasa memandu.

Mencari & Memainkan Muzik

Kebanyakan orang kini memainkan muzik dalam kereta mereka dari telefon, bukan radio. Jika anda pernah mencari muzik di Spotify, ia melibatkan menaip dalam carian dan melayari album dan senarai lagu. Ia agak susah untuk dilakukan semasa memandu.

Sumber: MUO

Google Assistant menjadikan proses memainkan lagu sangat mudah. Anda hanya perlu menyediakan perkhidmatan muzik kegemaran anda dalam Google Assistant:

  1. Buka Google Assistant dan tekan ikon laci biru.
  2. Tekan Menu dan pilih Settings.
  3. Pilih Music
  4. Pautkan perkhidmatan muzik kegemaran anda dan tetapkan sebagai default.
Sumber: MUO

Setiap kali anda ingin mendengar muzik di dalam kereta anda, katakan “OK Google, play [artist, album, song, or playlist].” Google Assistant akan menggunakan perkhidmatan muzik default anda.

Sumber: MUO

Google Assistant akan melancarkan aplikasinya secara automatik dan mula memainkan muzik yang anda minta.

Semak & Hantar Mesej

Menaip mesej adalah salah satu perbuatan yang paling berbahaya dalam penggunaan telefon semasa memandu.

Google Assistant akan memudahkan untuk menghantar mesej kepada sesiapa sahaja dalam senarai kenalan anda dengan mengatakan “OK Google, send a message to [contact name]“.

Sumber: MUO

Nama kenalan yang anda cakap mestilah sepadan dengan senarai kenalan anda.

Sumber: MUO

Google Assistant akan membuka tetingkap lain dan meminta anda untuk bercakap mesej anda. Ia kemudian akan menaipkannya untuk anda dan hantarkan.

Sumber: MUO

Anda juga boleh menyuruh Google Assistant untuk membuka lima(5) mesej terbaru anda. Katakan, “OK Google, show me my last text messages.”

  • Google Assiatant akan membaca nama pengirim kepada anda dan bertanya, “Do you want to hear it, reply, or skip it?
  • Jika anda berkata “hear it,” Assistant akan membaca mesej tersebut kepada anda.
  • Kata “reply” untuk membalas mesej dan mesej akan dihantar secara automatik.
  • Sekiranya anda berkata “skip it,” Assistant akan beralih kepada pengirim seterusnya dan ulangi.
  • Seterusnya Assistant akan sentiasa kemaskini mesej terbaru anda dengan memberi notifikasi.
Read More  Whatsapp Makan Storan Telefon Anda? Ini Cara Mudah Untuk Mendapatkan Lebih Storan

Membuat Panggilan Telefon

Dapatkan bantuan Google Assistant untuk membuat panggilan dengan sebut “OK Google, call [contact].”

Sumber: MUO

Melancarkan Navigasi GPS

Google Maps merupakan salah satu daripada perkhidmatan Google yang diintegrasikan dengan Assistant. Anda kini tidak perlu lagi untuk menaip alamat ke Google Maps semasa anda memandu.

Sumber: MUO

Anda hanya perlu memberi arahan “Navigate to [location]” kepada Google Assistant.

Arahan Suara lain 

Terdapat beberapa arahan lain yang dapat membantu anda menggunakan Google Assistant:

  1. Turn on Bluetooth: Jika audio telefon anda menyambung ke kereta dengan Bluetooth, arahan ini akan berguna.
  2. Turn volume to [percentage]: Anda boleh menetapkan kelantangan telefon anda.
  3. How is traffic on the way to [destination]: Ketahui bagaimana keadaaan trafik untuk anda sampai ke destinasi yang anda tuju.
  4. Where is the closest [business]: Cari stesen minyak terdekat, kedai runcit, restoran, atau mana-mana perniagaan lain.
  5. When is my next event?: Ketahui keutamaan majlis atau apa-apa melalui kalendar.
  6. Play the news: Google Assistant akan memainkan berita dari sumber berita utama seperti NPR, USA Today, Fox News, dan banyak lagi.
  7. Create appointment [event name] for [date and time]: Google Assistant akan mencipta sebarang acara yang anda nyatakan pada masa dan tarikh yang anda tetapkan.

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...