5 Cara Mudah Mengurangkan Memori Dan Minimalisasikan iPhone Anda

334

Bosan dan rimas dengan keadaan iphone anda yang tidak terurus dan terasa kosong dengan paparan skrin yang hanya memaparkan paparan yang tidak menarik. Jadi apa kata kita ubah sedikit cara yang membosankan itu dengan menjadikan iPhone kita lebih menarik dan berguna kembali. Dengan hanya menyimpan aplikasi yang anda sering gunakan membolehkan anda mengurangkan kadar memori telefon bimbit anda dapat minimalisasikan iPhone. Oleh itu, kami akan berkongsi LIMA (5) cara mudah untuk memudahkan anda untuk menggunakan iPhone:

#1 Buang Aplikasi Yang Anda Tidak Perlu

kredit: makeuseof.com

Mulakan dengan membuang aplikasi yang anda pasang hanya kerana menarik dan menyeronokkan tetapi anda jarang membuka. Hal ini kerana dengan pelbagai aplikasi akan membebankan memori telefon bimbit anda dan memperlahankan pemprosesan sesebuah telefon. Dengan membuang sesuatu aplikasi akan  menyebabkkan sesuatu program dalam iPhone terganggu jadi anda perlu mengetahui keperluan sesuatu aplikasi di dalam telefon anda.

#2 Masukkan Aplikasi Di Dalam Fail

 

kredit: Google Images

Apabila anda telah menentukan aplikasi yang perlu anda gunakan, jadi anda boleh meletakkan aplikasi ini di dalam fail yang boleh dikategorikan misalnya seperti fail media, kamera atau kenalan. Dengan ini akan mengurang ruang di muka skrin telefon dan paparan skrin  akan lebih menarik apabila anda membuka tekan kekunci telefon anda.

#3 Menyusun Pusat Kawalan Dan Skrin Widget

kredit: Google Images

Jika menekan butang muka skrin atau kunci skrin anda akan dapat pusat kawalan telefon bimbit anda. Jika anda meleretkan muka skrin anda sebelah kanan, anda akan dapat paparan skrin widget. Keistimewaan skrin widget ialah memudahkan pengguna Iphone untuk mengakses sesuatu aplikasi tanpa menekan butang ikon aplikasi itu. Misalnya, jika anda sering menggunakan aplikasi kalkulator, nota atau kalkulator dalam pusat kawalan anda boleh meletakkan semua aplikasi ini dalam sebuah fail dan hanya membuka fail ini untuk menggunakan setiap aplikasi ini.

Read More  Bagaimana Untuk Melihat Sejarah Pencarian Lokasi Google Map

#4 Hanya Menggunakan Pemberitahuan Lencana Notifikasi

kredit: makeuse.com

Pemberitahuan sesuatu notifikasi kadang-kadang merimaskan anda dan boleh menganggu fokus ketika sedang fokus dalam menjalankan sesuatu pekerjaan. Jadi tukar cara pemberitahuan notifikasi anda yang biasa dengan memilih pemberitahuan lencana notifikasi supaya anda masih mengetahui sesebuah notifikasi dengan lebih mudah dan efektif. Sebagai contoh anda boleh meletakkan aplikasi seperti Gmail dan Slack kepada pemberitahuan lencana notifikasi. Dengan ini anda tidak perlu merasa rimas lagi apabila menerima sesebuah notifikasi.

#5 Membolehkan Penyekatan Aplikasi

kredit: makeuse.com

Sesetengah aplikasi seperti enjin pencarian sangat berguna tetapi jika kita jenis individu yang sering menggunakan aplikasi ini akan mengakibatkan prestasi telefon bimbit anda menjadi perlahan. Jadi anda boleh menyekat daripada mengguna aplikasi ini secara berlebihan dengan menetapkan di butang tetapan. Selain itu juga anda akan dapat menyekat beberapa laman web dan pelbagai aplikasi malah sekatan ini juga datang dengan faktor keselamatan dan privasi yang dilindungi.

Kesimpulanya dengan mengikuti langkah di bawah nescaya anda akan dapat mengurangkan beban memori dan minimalisasikan iPhone anda dengan cara mudah. OIeh itu lupakan telefon bimbit pintar yang membosankan dan menyusahkan.

Sumber: makeuse.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...