Tablet Atau Komputer Riba?

141

Kredit: unsplash.com

Apabila teknologi semakin berkembang pesat  dengan kewujudan tablet menjadikan komputer riba semakin dilupakan oleh umum pada masa kini. Jadi anda sebagai pengguna yang tidak mahu ditelan arus zaman teknologi apakah yang anda pilih untuk membantu menjalankan tugas harian pada setiap hari. Jadi di bawah akan menjelaskan beberapa perbezaan antara komputer riba dan tablet untuk para pengguna di luar sana yang masih keliru untuk memilih mana yang sesuai untuk penggunaan kita.

Kaedah Input

Perbezaan yang paling kontra antara tablet dan komputer riba ialah ketiadaan papan kekunci. Tablet hanya mempunyai papan sentuh yang terdapat dalam input. Fungsi ini hanya melibatkan kekunci petunjuk, menarik atau menavigasikan sesuatu program. Masalah akan timbul jika pengguna tablet ingin menghantar emel atau dokumen yang agak panjang penulisannya. Hal ini adalah kerana setiap individu mempunyai kepantasan berbeza dalam menaip sesuatu penulisan. Oleh itu jika anda seorang pengguna yang mempunyai skop kerja yang melibatkan penulisan yang berat, anda seharusnya memilih komputer riba daripada tablet.

Saiz

Ini salah satu perkara penting yang ditimbang tara oleh pengguna apabila membuat pilihan antara dua alat teknologi ini. Tablet mempunyai saiz yang lebih kecil dan berat yang lebih ringan berbanding komputer riba. Jadi dengan mempunyai tablet anda akan lebih mudah bergerak dan bekerja daripada mengusung komputer riba anda kemana-mana.

Hayat Bateri

Tablet direka untuk jana kuasa yang lebih efisien untuk jana kuasa komponen perkakasan yang lebih rendah.  Oleh itu, majoriti rekaan dalaman tablet merangkumi jangkaan hayat bateri lebih lama tetapi bateri komputer riba mempunyai peratusan yang lebih kecil meliputi komponen dalaman. Walaupun dengan hayat bateri yang lebih besar tetapi bateri komputer riba tidak mampu bertahan sama seperti jangka hayat bateri tablet. Kini, tablet mampu berfungsi sehingga 10 jam sebelum memerlukan pengecasan bateri. Dengan ini, jika anda seorang pengguna alat teknologi yang mengambil masa yang lama dan sering menggunakan dicadangkan anda membeli tablet berbanding komputer riba.

Read More  Google Sedang Membangunkan Sokongan bagi Alat Bantuan Pendengaran untuk Android

Kapasiti Storan

Untuk mengurangkan saiz dan harga, tablet bergantung kepada penyimpanan keadaan pejal untuk menyimpan program dan data. Jadi pontensi untuk tablet berfungsi secara cepat dan menggunakan kuasa yang rendah tetapi tidak boleh menyimpan fail dalam jumlah yang banyak. Jika dibandingkan dengan komputer riba jumlah penstoran adalah lebih besar sehingga mencapai minimum 500GB. Selain itu laptop mempunyai port USB yang mudah menyimpan tambahan penstoran luar berbanding tablet yang hanya membenarkan ruang yang sedikit melalui mikroSD kad slot.

Prestasi

Dengan kuasa pemprosesan yang rendah, tablet agak ketinggalan untuk pengurusan perkomputeran. Oleh itu, pengguna akan melihat kadar prestasi untuk menentukan penggunaan tablet dan komputer riba sebelum membuat keputusan untuk pembuat pembelian. Untuk tugasan seperti email, melayari laman web dan tontonan video atau audio memerlukan prestasi yang lebih besar untuk diguna pakai. Oleh itu, prestasi komputer riba lebih hebat berbanding tablet yang agak terhad.

Perisian

Perisian juga penting untuk fungsi komputer riba atau tablet yang mempunyai perbezaan dalam kapabiliti penggunaan. Setiap perisian seperti Android dan iOS mempunyai perisian yang berbeza untuk pengendalian perisian dalam kapabiliti yang berbeza. Dengan perbezaan ini menjadikan sesebuah alat teknologi seperti komputer riba dan tablet menjadi suatu faktor untuk melakukan pilihan.

Harga

Jika melakukan perbandingan harga, tablet mempunyai harga yang lebih murah berbanding sebuah komputer riba. Hal ini adalah kerana tablet diwujudkan untuk harga yang mampu milik di pasaran berbanding harga komputer riba yang agak sengit mengikut kadar prestasi dan kadar perisian yang ditetapkan. Jadi sebelum membuat pilihan anda boleh melakukan bajet harga antara kedua-dua jenis alat teknologi ini terlebih dahulu sebelum melakukan pilihan.

Read More  Bagaimana Untuk Mengaktifkan Atau Menyahaktifkan Semakan Ejaan Pada Android

Peranti Berkebolehan Tinggi Yang Bergerak Sendiri

Jenis kategori ini menjelaskan situasi dimana tablet hanya terdapat di dalam sistem komputer anda. Ia bukan sesuatu yang peranti yang dilihat oleh para pengguna. Komputer riba juga lengkap dengan sistem kandungan penuh yang membolehkan perolehan data dan program serta peranti sokongan. Berlainan dengan tablet, memerlukan tambahan sistem komputer atau sambungan untuk menyokong peranti alat teknologi digital. Jadi ini memberikan komputer riba lebih dipercayai berbanding tablet yang masih menjadi peranti kedua untuk aplikasi dan data.

Kesimpulannya, daripada setiap perbezaan di atas boleh menjadikan para pengguna membuat pilihan yang bijak untuk melakukan pilihan antara tablet dan komputer riba.

Sumber: lifewire.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...