5 Laman Web Untuk Mendapatkan Hotel Murah & Percuma

6,562

Jika anda melancong dalam bajet tertentu, anda pasti sangat menitik beratkan setiap perbelanjaan. Beberapa laman web, aplikasi dan extension ini dapat membantu anda untuk menjimatkan perbelanjaan dari aspek penginapan anda sepanjang anda melancong dengan mendapatkan penempatan yang murah dan percuma.

Antara laman web yang popular adalah Booking.com, Google’s hotel finder dan enjin carian (search engine) hotel yang lain. Malangnya, tidak semua harga yang ditawarkan dalam laman web tersebut merupakan harga yang paling rendah. Oleh itu, sebelum anda menempah dari laman web tersebut, periksa di beberapa tool yang kami senaraikan di bawah.

Service for Hotels (Web): Diskaun Selepas Tempahan

Sumber: getservice.com

Apabila anda menempah hotel, ia boleh didapati pada harga tertentu. Anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapatkan diskaun tersebut.

Perkhidmatan menjejaki tempahan adalah secara automatik dan menempah semula bilik anda pada harga yang baru. Ini cara paling mudah untuk menjimatkan wang walaupun selepas anda menempah bilik.

Perkhidmatan ini juga tersedia untuk syarikat penerbangan, ia menjimatkan wang anda apabila penerbangan dibatalkan atau tertangguh. Ya, anda boleh menuntut ganti rugi kepada syarikat penerbangan tersebut.

Worldpackers (Web): Penukaran Penginapan Percuma

Sumber: worldpackers.com

Worldpackers adalah laman Web terbaik untuk mendapatkan penginapan percuma. Sebagai ganjaran, anda perlu melakukan sedikit kerja ringan untuk membantu orang yang memberi anda peluang tersebut. Mudah kan?

Pergi ke laman web ini dan cari bandar yang anda lawati. Anda akan diberikan senarai pekerjaan dan penginapan berdasarkan jenis kemahiran anda seperti buruh, mengajar Bahasa Inggeris dan lain-lain.  Jenis penginapan percuma dan bonus seperti makanan percuma, bilangan hari, pengangkutan dan lain-lain juga akan diberikan.

Student Universe (Web): Diskaun Untuk Pelajar  

Sumber: studentuniverse.com

Anda boleh mendapatkan banyak barangan percuma dan diskaun dengan alamat e-mel .edu atau kad pelajar. Student Universe memberikan penginapan dengan diskaun tambahan untuk pelajar berusia 26 tahun dan ke bawah.

Read More  Belajar Bahasa Jepun Dengan Duolingo

Walaupun laman web ini terkenal dengan tawaran penerbangan yang hebat, ia juga merupakan rakan kongsi dalam industri hotel yang menawarkan diskaun kepada pelajar.

Laman web ini memerlukan anda untuk mendaftarkan akaun dengan alamat e-mel pusat pengajian anda. Sekiranya anda tidak mempunyai alamat e-mel .edu, anda mungkin tidak akan memperolehi banyak manfaat daripada program rakan kongsi mereka.

All The Rooms (Web): AirBnB & Hotel dalam Laman yang Sama

Sumber: alltherooms.com

Kebanyakan search engine hotel dan asrama tidak termasuk senarai AirBnB. Anda boleh mendapat beberapa manfaat dari tempahan AirBnB melalui hotel. All The Rooms adalah search engine yang terbaik untuk mencari hotel di samping penyenaraian AirBnB.

Ini adalah laman agregator yang mendapatkan keputusan carian dari Booking.com, Expedia, Hotwire, Priceline, HomeAway, Hostelworld, VRBO, dan AirBnB. Anda akan mendapat pelbagai pilihan penginapan.

Kelemahan laman web ini adalah anda tidak dapat membuat tempahan terus melalui laman web ini.  Anda perlu melakukan tempahan melalui laman web asalnya.

p/s: Anda tidak digalakkan menggunakan laman web ini kerana agak merumitkan.

Gopher (Chrome): Perbandingan Harga

Sumber: joingopher.com

Salah satu cara terbaik yang menjimatkan ialah menempah terus dari laman web hotel itu, dan memohon diskaun jika boleh. Gopher merupakan extension untuk Google Chrome, yang secara automatik aktif di latar belakang melalui enjin perbandingan harga.

Apabila anda melihat harga akhir sebelum menempah hotel di laman web seperti Booking.com, Gopher akan bertindak menyemak laman web hotel itu sendiri. Jika terdapat tawaran yang lebih baik di laman web asal, anda akan diberi peringatan dan dibawa terus ke laman web asal.

Untuk mendapatkan idea penjimatan, anda boleh pergi ke halaman Gopher.

Read More  Aplikasi Lain Seperti Instagram yang Menyeronokkan

Sumber: Make Use Of

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...