4 Jenis Gadget Dan Aplikasi Yang Perlu Anda Tahu Untuk Kekal Selamat Pada Musim Panas Ini

966

Kredit: unsplash.com

Anda merancang untuk pergi bercuti pada musim panas ini bersama keluarga atau orang tersayang anda. Kini teknologi menawarkan pelbagai aplikasi dan gadjet untuk membantu anda melindungi kulit daripada bahaya matahari terik. Jangan hanya bergantung kepada losyen untuk mengelakkan SPF untuk kekal selamat, jom kita ketahui  LIMA (5) gadget atau aplikasi yang boleh membantu kita daripada terus terkena kesan bahaya matahari:

#1 Raymio: Aplikasi Musim Panas Yang Melindungi Kulit

Kredit: lifewire.com

Aplikasi Raymio boleh digunakan oleh pengguna Android dan iOS kerana ia merupakan suatu alat yang membantu kulit anda dari terus rosak terkena sinar UV. Ia juga datang fungsi ketetapan kulit yang dibolehkan untuk dikenakan sinaran matahari. Selain itu ia dalam bentuk gelang tangan yang membolehkan anda mengetahui kadar UV yang telah anda terkena dan mengelakkan daripada terus menjemur di bawah sinaran matahari. Ia juga kalis air dan memudahkan anda untuk membawanya ke pantai dan kolam hotel. Namun begitu negara kita belum memasarkan jenis aplikasi dalam aplikasi telefon bimbit di Malaysia.

#2 Ultra Violet Violet Plus: Cara Untuk Mengetahui

Pendedahan Cahaya

Kredit: lifewire.com

Violet Plus adalah jenis gadjet kecil yang boleh diklip dan menyokong sentuhan UVA dan UVB. Bila anda memakai gadjet ini, dia akan membantu anda mengetahui pendedahan cahaya dan ukuran metrik UV yang anda perlukan dan memberitahu adakah anda perlu memakai krim anti cahaya apabila keluar dari rumah anda.

Alat ini berkomunikasi menggunakan status lampu yang ditemani dengan aplikasi Violet yang digunakan oleh pengguna Android dan iPhone dan akan menghantar notifikasi tentang status terkini. Selain itu juga alat jenis ini akan menghantar dan menjejak tahap pendedahan cahaya bergantung kepada warna kulit anda jadi anda tidak perlu  menggunakan hanya satu jenis alat digital yang melindungi kulit daripada terkena sinaran cahaya matahari.

Read More  Kini Muzik Boleh Ditambah Di Instagram Stories

#3 Rooti Climate: Personifikasi Rekomendasi Cahaya Matahari

Kredit: lifewire.com

Sejenis alat digital jalur biru atau Bluetooth yang boleh dipakai untuk menjejak pendedahan cahaya matahari dengan kaitan cuaca metrik termasuk suhu dan kelembapan. Ia juga berfungsi membantu aplikasi Android dan iOS untuk berkomunikasi dan menganalisa maklumat UV yang telah dikumpulkan dan akan memberi rekomendasi tentang berapa lama anda boleh berada di luar matahari.

Rooti Climate juga sama dengan aplikasi musim panas yang lain yang akan memberi rekomendasi berkaitan dengan jenis kulit dan perlindungan SPF. Ia juga datang bentuk yang comel dan reka bentuk awan yang boleh didapati dengan warna putih, hitam dan merah.

#4 SunZapp App: Menerima Notifikasi Untuk Pemakaian Krim Elak Sinaran Matahari

Kredit: lifewire.com

Anda tidak perlu lagi boleh bersusah payah untuk membantu anda untuk mengelakkan sinaran matahari dari terkena bahaya matahari terik. Jika anda perlu orang untuk mengingati anda memakai krim anti cahaya tanpa gagal dan secara berterusan  maka aplikasi SunZapp  sesuai untuk anda.

Aplikasi ini terdapat dalam kedua-dua jenis Android dan iOS, dan terdapat rekomendasi SPF untuk mengelakkan anda daripada terkena cahaya matahari terik. Ia juga berdasarkan lokasi, keadaan sekeliling, tingkat SPF, jenis baju dan jangka masa index UV. Pemberitahuan notifikasi juga akan diberitahu untuk anda memakai krim anti cahaya daripada kulit anda terus terbakar dek sinaran matahari. Selain itu aplikasi ini juga sesuai untuk pelbagai usia dalam ahli keluarga anda ketika pergi bercuti di musim panas ini untuk mengelak dari terkena cahaya matahari terik.

 

Sumber: lifewire.com

 

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...