Cipta Tema Anda Sendiri dalam Firefox

433

Pengguna Firefox kini boleh menggunakan skema warna sendiri sebagai tema Firefox. Firefox akan memperkenalkan beberapa ciri penyesuaian warna! Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan skema warna anda sendiri di Firefox.

Langkah Aktifkan Skema Warna dalam Firefox

Untuk menggunakan skema warna anda sendiri di Firefox, anda perlu mengaktifkan ciri ini terlebih dahulu:

  1. Pergi ke halaman Firefox Test Pilot semasa menggunakan pelayar Firefox.
  2. Tekan pada Color untuk memuatkan senarai warna.
  3. Pilih Install Test Pilot dan Enable Color.
  4. Tunggu sehingga proses selesai.

Kini anda sudah boleh memulakan pemilihan. Tambahan warna membolehkan anda mengubah warna untuk bahagian user interface pelayar , termasuk teks carian, latar belakang tabs, warna toolbar dan lain-lain.

Tambahan warna akan membawa anda ke laman penyesuaian secara automatik.

Sekiranya anda mencari di bahagian bawah halaman Color, anda boleh memilih dari beberapa tema tersedia. Jika anda ingin berkongsi tema ciptaan anda dengan kenalan anda, pergi ke halaman add-on Firefox dan kongsi URL yang disediakan.

Akhir sekali, untuk memadam warna anda dan kembali ke skema warna asal, padam tambahan warna dari pelayar anda.

Sumber: Make Use Of

Read More  Aplikasi-Aplikasi Yang Terbaik Untuk Gambar dan Video

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...