iPhone Tidak Dapat Dicas? Apa yang Perlu Dilakukan

0 84

Sekiranya iPhone anda tidak dapat dicas, kemungkinan telah tiba masanya untuk menggantikan bateri baru. Selain itu, terdapat beberapa punca yang mungkin menyebabkan iPhone anda tidak dapat dicas.  Lakukan beberapa perkara ini sebelum anda menukar bateri iPhone yang baru.

Restart iPhone Anda

Sumber: Google Image

Sebenarnya, banyak masalah peranti dapat diselesaikan dengan restart peranti. Ia mungkin tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang serius, tetapi jika telefon anda tidak dapat dicaj, cuba restart dan cas kembali.

Gantikan Kabel USB

Sumber: Google Image

Masalah juga boleh berrpunca dari kabel USB yang anda gunakan untuk menyambungkan iPhone ke komputer atau punca kuasa. Anda perlu cuba untuk menggunakan kabel USB yang lain untuk menguji kesahihannya. Jika USB anda bermasalah, anda boleh membeli USB yang baru.

Gantikan Pengecas yang Baru

Sumber: Google Image

Jika anda mengecas iPhone anda menggunakan pengecas dinding, mungkin masalah iPhone anda tidak dapat dicas juga berpunca daripada ini. Sama seperti kabel USB, cara untuk memeriksa kesahihannya adalah dengan mendapatkan pengecas lain dan cuba cas telefon anda.

Periksa Port USB

Sumber: Google Image

Jika anda masih tidak boleh mengecas, kemungkinan port USB itu sendiri yang rosak. Untuk mengujinya, cuba pasang iPhone anda ke port USB lain pada komputer anda atau pada komputer lain. Jika ia berjaya dicas menggunakan port USB lain, maka port USB tersebut memang rosak.

Jangan Cas Melalui Papan Kekunci (Keyboard)

Sumber: Google Image

Disebabkan oleh iPhone mempunyai permintaan kuasa yang tinggi, ia perlu dicaj menggunakan port USB berkelajuan tinggi. Port USB yang tersedia pada keyboard tidak dapat memberikan kuasa yang cukup untuk mengecas iPhone. Oleh itu, jangan guna port USB keyboard untuk mengecas iPhone anda.

Read More  Tips Kekalkan Privasi dalam Whatsapp

Gunakan Mod Pemulihan (Recovery Mode) iPhone

Sumber: Google Image

Salah satu langkah yang boleh diambil ialah Recovery Mode. Ia sama seperti restart tetapi boleh membantu menyelesaikan masalah yang lebih rumit. Recovery Mode ialah proses memadam data pada telefon anda. Apabila anda menggunakan Recovery Mode, telefon anda akan bergantung kepada data yang disimpan dalam backup.

Kerosakan Bateri

Sumber: Google Image

Sekiranya anda telah mencuba semua langkah yang disenaraikan tetapi tidak berkesan, maka bateri iPhone anda memang bermasalah dan perlu diganti. Perlu diingat juga, jika iPhone anda kurang dari satu tahun, atau jika anda mempunyai AppleCare, penggantian bateri masih dilindungi secara percuma.

Sumber: LifeWire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...