Bagaimana Untuk Mengelakkan Daripada Orang Tidak Dikenali Mengikuti Anda Di Twitter

147

Anda baru sahaja menyemak jumlah pengikut anda di aplikasi Twitter dan melihat sebanyak 150 orang telah mengikuti anda. Perkara yang menghairankan anda ialah hanya 10 orang sahaja yang anda kenali dan siapakah identiti yang selebihnya. Anda mungkin merasakan seronok atau kagum dengan pengikut-pengikut anda tetapi pernahkah anda terasa ingin mengetahui identiti mereka dan tujuan mereka mengikuti anda di aplikasi Twitter. Mungkin mereka sukakan humor anda atau ada perkara lain yang ada pada diri anda.

Apakah Jenis Individu Yang Mengikuti Anda di Twitter?

Kredit: unsplash.com

Pengikut Spam

Pengikut Spam termasuk juga dengan salah satu  jenis individu yang wujud di aplikasi Twitter. Anda mungkin terkejut apabila setelah menyemak  jumlah pengikut anda dan mendapat berkemungkinan pengikut anda datang dari pengikut Spam. Anda juga boleh menyemak status Penyemakan Pengikut Palsu untuk mengetahui peratus pengikut anda yang palsu, sebenar dan tidak aktif.

Twitter Bot

Dengan penambahan pengikut spam, pengodam dan penjenayah internet yang menghantar komen negatif  dengan  mengikuti anda. Komen-komen negatif  juga digunakan untuk disebarkan link makware yang menyerupai link pendek untuk para pengikut yang mengikuti anda di Twitter.

Pengikut Yang Sah

Anda juga mungkin mempunyai pengikut yang sah apabila tweet dari anda dirasakan bermanfaat dan berinformasi. Oleh itu, anda akan mempunyai ramai pengikut apabila memperoleh banyak retweet daripada mengikut anda.

Cara Untuk Melindungi Tweet Anda Daripada Dilihat Dari Pengikut Yang Tidak Dikenali Di Twitter.

Berikut merupakan langkah untuk melindungi Tweet anda daripada pengikut yang tidak dikenali:

  1. Klik pada ikon sebelah kanan aplikasi Twitter anda dan memilih tetapan di item menu.
  2. Dalam bahagian akaun, skrol ke bawah Privasi Tweet.
  3. Semak kotak dan baca lindungi Tweet anda dan klik simpan perubahan di butang bawah skrin.
Read More  LinkedIn Akan Menambahkan Iklan Autoplay Untuk Rangkaian Profesional Anda!

Mengikut bantuan daripada aplikasi Twitter, selepas melindungi tweet anda, berikut merupakan sekatan yang akan diletakkan:

  • Pengikut anda perlu meminta izin untuk mengikuti anda terlebih dahulu.
  • Tweet anda hanya boleh dilihat setelah pengikut anda diizinkan.
  • Pengguna lain tidak akan dapat menggunakan aplikasi retweet untuk tweet anda.
  • Tweet yang dilindungi tidak akan muncul di carian Twitter atau Google.
  • Respons yang anda hantar kepada pengguna lain tidak akan dapat dilihat oleh orang lain kerana tidak mendapat keiizinan untuk melihat tweet anda.
  • Anda tidak boleh berkongsi link tetap dari Tweet anda kepada orang lain selain pengikut yang anda izinkan.

Sumber: lifewire.com

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...