LIMA(5) Power Bank Terbaik untuk Cas Komputer Riba Anda

161

Power bank untuk komputer riba menampilkan ciri kapasiti yang besar cukup untuk menyelamatkan komputer riba anda yang nazak dan hampir habis bateri.  Terdapat pelbagai jenis dan kapasiti power bank yang berbeza di pasaran dan berikut merupakan cadangan power bank terbaik dari kami.

1.  Poweradd Pilot Pro  

laptop-powerbank-poweradd-pilot

Poweradd Pilot Pro mempunyai bateri 32000 mAh yang dimuatkan dalam badan bersaiz sebuah iPad Mini. Ia cuma tebal seinci daripada iPad Mini tersebut. Poweradd Pilot Pro dilengkapi dengan dua 5V port mengecas dan sebuah DC output untuk komputer. Unit ini merangkumi sepuluh connector yang diakui oleh Poweradd merangkumi 99% daripada komputer riba di pasaran. Pastikan anda periksa dahulu keserasian alat ini dengan peranti anda sebelum membelinya. Poweradd Pilot Pro juga membenarkan pengguna untuk mengecas lebih daripada satu peranti pada satu-satu masa. Tambahan pula, terdapat tetingkap paparan digital yang membolehkan pengguna melihat baki kuasa power bank.  

Selain daripada ciri-ciri yang dinyatakan serta harganya yang berpatutan, terdapat satu kekurangan. Unit ini perlu dicas dengan pengecasnya yang tersendiri untuk mengecas power bank tersebut. Ini bermaksud selain baterinya, anda juga perlu membawa pengecasnya sekali sekiranya anda mahu menambah kuasa semula.

laptop-powerbank-maxoak

Power bank ini mempunya bateri yang sangat besar, 50,000 mAh bateri dan merupakan salah satu power bank yang mempunyai kapasiti terbesar yang terdapat di pasaran. Terdapat enam port output yang boleh digunakan serentak pada MaxOak 5000 ini. Output termasuklah satu 20X/3A untuk komputer riba, satu 12V/2.5A, dua 5V/2.1A port USB dan dua 5V/1A port USB standard. Output 12V/2.5A mungkin agak aneh di situ tetapi ia sangat berguna sekiranya anda berada dalam sebuah RV (recreational vehicle).

Didatangkan dengan 14 connector komputer riba yang berbeza, tiada masalah bagi anda untuk mencari yang mana satu sesuai dengan peranti anda. Tambahan pula, unit ini menggunakan bateri ion-lithium ploymer bernilai1000+ kitar cas semula. Seperti yang dijangka, unit ini bercirikan penunjuk LED untuk memaparkan aras kuasa yang terkini. MaxOak hanyalah besar sedikit daripada power bank laptop yang lain dengan saiz 8.1″ x 5.3″ x 1.3″. 

laptop-powerbank-dbpower

DBPower Laptop Power Bank adalah salah satu power bank komputer riba yang berpatutan dan dijual pada harga mampu milik di pasaran. Kapasiti unit ini adalah 26,400 mAh. Unit ini berbeza sedikit daripada reka bentuk yang lain disebabkan outlet AC bersaiz penuh untuk mengecas komputer riba. Ini bermaksud anda tidak perlu risau tentang keserasian connector.  Sebaliknya, anda perlu membawa pengecas original komputer riba anda ke mana-mana sahaja.

Read More  Cara Untuk Membuang Rangkaian Wi-Fi Yang Telah Disimpan Pada Windows 10!

Namun begitu, AC outlet yang terdapat pada unit ini menyebabkan unit ini verstail. Anda boleh gunakannya untuk pelbagai lagi peranti elektronik 80W ke bawah. Selain itu, unit ini juga bercirikan dua 5V/2.2A port pengecas USB. Ia juga boleh mengecas USB dan AC secara serentak.

laptop-powerbank-ravpower

Jika anda mempunyai komputer riba yang dicas menggunakan USB-C, RAVPower USB-C Power Bank direka bentuk khusus untuk peranti USB-C seperti Macbook dan Nintendo Switch. Dilengkapi bateri berkuasa 26,800 mAh, unit ini mampu mengeluarkan kuasa 30W, sama seperti pengecas AC Macbook. Anda perlu pastikan peranti anda tidak memerlukan lebih daripada 30W. Jika ya, unit ini mungkin tidak sesuai untuk peranti anda. Tambahan pula, RAVPower USB-C  bercirikan dua port pengecas USB 2.4A. Bateri unit ini juga boleh dicas semula menggunakan port Type-C dalam hanya empat hingga ke lima jam.

laptop-powerbank-jakery

Sama seperti DBPower Laptop Power Bank, Jackery PowerBar menggunakan outlet AC untuk membekalkan kuasa kepada komputer. Perkara yang berbeza ialah faktor bentuknya. Jackery PowerBar memuatkan bateri bersaiz 20,800 mAh dalam pakej yang kecil. Berukuran 6.5″ x 2.5″ x 2.5″ dan seberat 1.5 lbs, ia merupakan power bank komputer riba yang paling ringan dan kecil yang terdapat di pasaran.

Kecil-kecil cili padi. Jangan pandang rendah terhadap kuasa unit ini kerana Powerbar mampu membekalkan kuasa sehingga 85W. Selain daripada outlet ACnya, Powerbar turut mempunyai tiga port pengecas USB 5V 2.4A.

Bandingkan ciri-ciri yang anda mahukan serta harga yang berpatutan dalam lima cadangan kami di atas dan anda tidak perlu lagi risau untuk mengecas komputer riba anda di mana-mana sahaja.

Kredit: MakeTechEasier

Read More  Bagaimana Untuk Mengembalikan Gambar Yang Telah Dipadam Dari SD Card

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...