Bagaimana Untuk Mengetahui Masa Perjalanan Ke Tempat Kerja Yang Berpontensi Dengan Menggunakan LinkedIn

731

Kredit: google images

 

Mencari pekerjaan pada masa kini bukanlah perkara yang senang bagi sesuatu individu. Tambahan pula dengan pelbagai saingan, lambakan graduasi dari pelbagai daftar belakang dan keadaan ekonomi yang sentiasa ada pasang surutnya. Oleh itu, LinkedIn telah menyediakan satu platform yang mudah dan berkesan kepada para pencari kerja di luar sana. LinkedIn juga menyediakan fungsi alat pembandingan gaji, kumpulan pecari kerja yang berdedikasi dan bantuan resume.

Terbaru, LinkedIn telah mewujudkan sebuah fungi terbaru untuk mengetahui masa perjalanan ke tempat kerja yang telah diminta atau berpontensi kepada para pencari kerja. Hal ini kerana untuk memudahkan para pencari kerja untuk mengetahui kadar tambang ke satu lokasi syarikat dan masa perjalananan yang di ambil untuk ke tempat kerja yang diidamkan.

Ciri terbaru yang dipanggil ‘Masa Ulang Alik’ dapat mengira waktu perjalanan yang diambil untuk ke tempat kerja yang berpontesi kepada para pencari kerja. Mari kita lihat cara untuk mengguna ciri terbaru tersebut dengan hanya mengikuti 6 cara dibawah:

  1. Buka aplikasi LinkedIn.
  2. Tekan butang tab Kerja di bawah skrin.
  3. Gerak ke bahagian bawah dan klik di Deskripsi Kerja dan tekan bahagian Cari Masa Ulang Alik.
  4. Tetapkan Alamat Bermula di dalam bahagian lokasi.
  5. Kemudian tentukan masa bertolak di bahagian yang dikehendaki.
  6. Buat pilihan sama ada menggunakan kereta, pengangkutan awam atau berjalan kaki di imej peta.

 

Setelah selesai dengan mengikuti cara berikut anda akan dapat melihat masa, arah di bahagian peta. Namun buat masa sekarang, fungsi ini hanya terdapat di aplikasi telefon bimbit LinkedIn dan akan datang ke fungsi laman web pada akan datang.

Read More  Bagaimana Untuk Menghantar Teks Mesej Anda Dari PC Kepada Android

Kredit: unsplash.com

Nota: Para pencari kerja mesti mengetahui lokasi  secara terperinci untuk fungsi Masa Ulang Alik digunakan.

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...