Langkah Selamat Memadam Cookies, Internet Cache dan Lain-lain Menggunakan PrivaZer

PrivaZer, tool yang dapat membantu memastikan keselamatan PC anda terjamin

154

Keselamatan semasa dalam talian merupakan perkara yang sangat penting, sama seperti menjaga privasi anda. Langkah untuk memastikan keselamatan anda ialah dengan menghapuskan cookies dan cache secara manual tetapi ia memerlukan masa yang agak lama.

Bagi sesetengah pihak, pembersihan dalam PC adalah pilihan yang lebih mudah. PrivaZer dapat membantu pengguna melakukannya.

Apakah PrivaZer?

Kredit: MUO

Dicipta untuk membantu menjaga keselamatan PC Windows, PrivaZer adalah alternatif seperti CCleaner dengan pendekatan yang jauh lebih fokus kepada pembersihan dan perlindungan.

CCleaner mempunyai banyak tool tambahan seperti pencari fail pendua dan pembersih ruang cakera. PrivaZer tertumpu untuk meningkatkan privasi anda.

Tahap pembersihan yang berbeza boleh dilakukan dengan PrivaZer terutama sekali dalam fail cache Internet, muat turun, dan cookies.

Bagaimana Cookies Menceroboh Privasi Anda dalam Talian?

Kredit: Google Image

Sesetengah laman web menggunakan cookies untuk mengenali anda dan mungkin memberi ucapan atau kandungan yang sesuai, manakala yang lain mungkin menyuruh anda masuk ke laman web dan menghafal beberapa tetapan laman anda. Tetapan ini dikekalkan pada komputer anda melalui cookies.

Terdapat juga cookies yang menjejaki aktiviti anda dalam talian dan berkongsi sejarah pelayar anda dengan pengiklanan. Contohnya, jika anda sering melihat produk di Amazon, anda akan dihidangkan dengan iklan yang sama sepanjang minggu.

Oleh itu, anda WAJIB menghapuskan cookies, cache Internet dan lain-lain secara teratur. Ia boleh dihapuskan dengan menggunakan PrivaZer.

Dua Versi PrivaZer

Kredit: MUO

Muat turun melalui privaZer.com. PrivaZer didatangkan dengan dua versi iaitu Free version dan Donor’s version (menawarkan fungsi tambahan seperti pembersihan aktiviti Internet selepas setiap sesi secara automatik).

Ia boleh dimuat turun sebagai pemasangan standard atau versi mudah alih. Versi standard mempunyai pilihan untuk memasang, atau dijalankan tanpa pemasangan. Dan jika anda membuat kesilapan, terdapat juga pilihan untuk membuat versi mudah alih dari wizard pemasangan.

Read More  Apakah Perbezaan Antara Folder "Program Files (x86)" dan "Program Files" di Windows?

Versi mudah alih PrivaZer boleh dimuat turun dalam USB. Ia tidak memerlukan pemasangan dan boleh digunakan pada mana-mana sistem Windows pada bila-bila masa.

Bagaimana Melakukan Pembersihan Keseluruhan dengan PrivaZer?

Pergi ke laman web dan muat turun versi percuma PrivaZer. Lancarkan pemasangan, dan apabila diminta “What kind of computer user are you?”, pilih Advanced. Seterusnya, pilih item yang anda mahu pembersihan dengan klik pada kotak pilihan.

Kredit: MUO

Setelah item pilihan anda diperiksa, pilih Ready to perform my first scan, dan tekan OK. Pilih Start Cleaning, kemudian Scan untuk meneruskan, dan tunggu pembersihan selesai. Ia kemudian akan memaparkan perkara yang dibersihkan kepada anda.

Mengimbas Peranti Tertentu dan Jumlah Pemadaman

PrivaZer juga boleh mengimbas peranti tertentu, dan membersihkan semua “internet traces“. Pilihan ini boleh didapati di menu drop-down pada skrin utama PrivaZer.

Anda juga boleh membersihkan jejak dari sistem dan peranti USB. Terdapat juga pembersihan berjadual.

Kredit: MUO

Pilihan Advanced menentukan tahap pembersihan.

Kredit: MUO

Untuk melakukan ini, buka Advances option> Cleanup, dan buat pilihan, kemudian OK. Pilih Delete dalam menu drop-down, kemudian pilih antara Sensitive files dan Sensitive folders. Klik OK untuk menyemak imbas fail / direktori / pemacu, kemudian klik Clean.

PrivaZer Melindungi Privasi dalam Talian Anda

Anda tidak perlu lagi membuang masa untuk menjejaki dan memadam cookies dan cache Internet anda. PrivaZer dapat membantu anda melakukan ini. Terdapat juga banyak tool lain untuk mengekalkan privasi anda dalam talian.

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...