Instagram Lite Mengatasi Masalah Storan Rendah

1,606

Model telefon yang lama yang memiliki ruang storan yang terhad serta capaian internet yang perlahan antara cabaran yang dihadapi pengguna Instagram di kebanyakan negara membangun. Instagram Lite dilancarkan untuk memenuhi keperluan cabaran ini.

Tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Instagram, Instagram Lite yang bersaiz 573 kilobytes iaitu 1 per 55 kali lebih rendah berbading aplikasi Instagram telah tersedia di Google Apps. Walaubagaimanapun, buat masa ini, fungsinya hanya terhad hanya kepada perkongsian gambar dan stories sahaja. Perkongsian video mahupun direct message masih belum tersedia.

Instagram bukanlah satu-satu aplikasi yang menyediakan versi Lite sebagai alternatif kepada aplikasi rasmi mereka, pada tahun 2015 Facebook telah melancarkan versi Lite dan mempunyai hampir 200 juta pengguna pada tahun 2017 dan diikuti dengan pelancaran Messenger Lite.

Instagram merekodkan pengguna hampir 1,000,000,000 pengguna pada Jun 2018. Dari statistik terbaharu mereka, jumlah ini disumbangkan oleh majoriti pengguna dari negara membangun.

Setakat ini pelancaran Instagram Lite telah dimulakan di Mexico dan masih berlum tersedia di Malaysia. Mungkin sedikit masa lagi.

Sumber : Tech Crunch

Read More  Bagaimana Hendak Melaraskan Pemberitahuan (Notification) Android Anda Terus ke PC atau Mac Anda

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...